Tolong Jangan Sedekah 'Sampah'

Tolong Jangan Sedekah 'Sampah'

 


Acap kali berlaku ketika banjir, orang ramai akan berpusu-pusu menyumbang pakaian kepada mangsa banjir. Namun apa yang terjadi, segelintir individu cuba mengambil kesempatan dengan menghantar 'sampah' ke pusat pemindahan banjir dengan tujuan kononnya ingin menyumbang pakaian untuk mangsa banjir. Sebenarnya ia bukanlah pakaian yang elok tetapi lebih kepada pakaian kotor yang perlu dibuang.  Ikuti luahan Azlan Shukri berkaitan dengan masalah ini. 


Saya cuma nak pesan,kalau nak sedekah pakaian tu,sedekahlah yg elok2 ya,sedekah pakaian jangan sedekah sampah ya👌


Saya dah baca mcm2 komen kat bawah,ada yang kata memang penerima nakkan kain buruk utk buat lap kesan banjir,utk bersihkan peralatan rumah yg kena banjir....tokmin cukup faham tu,namun bila tokmin tulis "sampah" tu nak kena faham definasi sampah yang dimaksudkan tu


Tak jadi masalah jika nak bagi kain buruk yg mungkin berguna utk kerja2 pembersihan selepas banjir,tapi biarlah walaupun buruk tapi bersih dan dilabelkan siap2,bungkusan ni kain buruk,masalah yg selalu kita jumpa adalah kain buruk yang kotor dan busuk,ada mcm2 ragam,kadang ada je terima kain buruk busuk yg mungkin dah terendam lama,dah peram busuk pun dibagi juga,banyak juga terima pakaian dalam yg dah koyak rabak...nak guna coli atau seluar dalam koyak rabak busuk utk lap ke mcmana?sebab tu tokmin kata jangan sedekah sampah,buruk tapi bersih boleh diterima,tapi kalau buruk kotor busuk....mcmana tu ya?


Takde salah kalau memang niat nak bagi yang buruk utk mereka guna utk bersihkan kesan banjir,tapi dari side kita,bagilah yang dah dibersihkan ya,kain rabak berlubang kalau bersih ok je nak guna utk kerja2 pembersihan,abis kalau dibaginya coli atau seluar dalam buruk,koyak rabak siap pakej busuk bagai,ada gak pakej berulat bagai,nak guna buat lap gak ke?


Sebagai manusia yang berakal, berhenti mengambil kesempatan di atas musibah orang lain. Jangan kerana hendak bersihkan rumah, kita sanggup menyumbang 'sampah' pakaian kepada pusat pemindahan banjir. Ingat, satu hari nanti jika musibah seperti ini berlaku kepada diri kita,  sanggupkah kita pula menerima 'sampah' seperti itu? Fikir-fikirkan.






Sumber: Azlan Shukri Ihf (MATJHI)

Post a Comment

0 Comments