Adik Daniel berusia 2 tahun telah bertarung nyawa selama 6 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital. Kejadian tersebut berlaku pada 4 /2/2022 pada pukul 11.15 malam.
Ketika kejadian adik Daniel telah bermain-main di halaman rumahnya pada pukul 11 malam di Kampung Sungai Udang, Klang. Alangkah terkejut selepas 15 minit berlalu kelibat adik Daniel tidak lagi kelihatan. Seorang ahli keluarga bergegas mencarinya sebelum dijumpai terbaring di dalam parit dan dalam keadaan lemas.
Ahli keluarga bergegas mengangkat adik Daniel dan memberikan bantuan CPR. Seorang ahli keluarga menelefon ambulans tetapi si bapa membuat keputusan untuk menghantar adik Daniel sendiri ke hospital kerana nadi anaknya telah berhenti.
Dipertengahan jalan, mereka terserempak dengan van ambulans yang dihubungi ahli keluarganya sebentar tadi. Si bapa membuat keputusan menahan ambulan tersebut dan menyerahkan adik Daniel kepada mereka.
Adik Daniel telah diberi bantuan awal oleh petugas ambulan dan terus dikejarkan ke hospital. Dengan kuasa Allah adik Daniel kembali bernafas setelah diberi bantuan kecemasan setibanya dihospital.Adik Daniel ditempatkan diunit rawatan rapi dengan dipakaikan mesin bantuan pernafasan.
Enam hari doktor bertungkus lumus dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak syurga ini.Namun Allah lebih sayangkan adik Daniel. Dia disahkan meninggal dunia pada pukul 08.38 malam. Doktor mencatat kematian adik Daniel bertarikh 9/2/2022.
Berakhir sudah penantian si ibu dan si bapa.Harapan untuk melihat anak kesayangan mereka kembali pulih tidak kesampaian. Keajaiban yang diharapkan turut berkecai. Adik Daniel bukan sahaja pergi meninggalkan 2 lagi adik beradiknya. Tetapi adik Daniel turut berpisah dengan seorang lagi kembarnya. Adik Daniel dan kembarnya kini terpisah diantara dua dunia.
Pengurusan mandi dan kafan buat anak syurga ini telah pun disempurnakan. Jasad adik Daniel juga telah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Islam Selat Klang.
Credit : Mr Wan Cai Official
0 Comments