Mc Kamey Manor merupakan sebuah rumah paling se.ram di dunia. Se.ram bukan sebab hantu! Jangan salah faham. Sebab apa paling se.ram? Jom ikuti kisah rumah ni
Rumah Mc Kamey Manor terletak di San Diego Amerika Syarikat yang dimiliki oleh bekas pesara tentera Russ Mckamey. Tujuan rumah menyeramkan ini diwujudkan adalah untuk menguji sejauhmana manusia dapat bertahan bila dide.ra dari segi emosi dan mental.
Setiap individu yang masuk ke rumah ini akan ditengking, dihi.na dan dima.ki dengan bahasa yang kesat sehingg mengganggu jiwa dan emosi. Mereka juga akan dipu.kul, ditam.par dan dibela.sah dengan teruk.
Paling mengerikan pende.raan fizikal yang dilakukan seperti dirantai, dikurung dalam ruang yang sempit, di rendam dalam air kotor, dipaksa makan serangga dan najis binatang. Paling teruk ada yang ditanam hidup-hidup.
Adakah perkara ini salah? Tidak!! Sebab ia dilakukan atas kerelaan individu. Sebelum masuk ke rumah tersebut. Setiap individu perlu mengisi sebuah borang dan menandatangani syarat- syarat perjanjian yang di tetapkan sebanyak 40 muka surat. Ini membolehkan pihak Mc Kamey Manor melakukan apa-apa sahaja kecederaan fizikal dan mental seseorang tanpa bertanggungjawab sedikit pun atas apa-apa kece.deraan yang di alami.
Individu yang masuk ke rumah tersebut penuh dengan kerelaan dan tanpa ada paksaan. Mereka juga turut membenarkan disek.sa mental dan fizikal asalkan tidak mati. Maknanya selagi bernafas, seksaan akan diteruskan sehingga masa tamat. Usia yang dibenarkan masuk dalam rumah ini adalah 21 tahun ke atas. Bawah daripada umur tersebut kena minta kebenaran penjaga atau ibu bapa.
Apa yang mereka dapat? Kenapa rela diseksa? Mana-mana individu berjaya bertahan selama 8 hingga 10 jam akan mendapat wang tunai 20 000 US Dollar. So memang ramai yang nak masuk rumah ni. Ada yang sekadar ingin tahu teruk sangat ke pende.raan tu? Ada juga yang terdesak perlukan duit. Tapi semuanya dilakukan diulangi sekali lagi tanpa paksaan
Ramai pihak mengecam rumah seram ini kerana trauma peserta dan kece.deraan fizikal yang dialamai selepas keluar daripada rumah tersebut. Walaubagaimanapun, peserta masuk atas kerelaan sendiri dab pihak Mc Kamey Manor tidak melanggar undang-undang. Tiada apa-apa yang boleh mendakwa mereka. Dengan kata mudah, penderaan tidak salah asalkan dilakukan dalam rumah Mc Kamey Manor.
Mengikut carian di Google Mc Kamey Manor masih lagi beroperasi seperti biasa tetapi telah berpindah ke Tennesse. Paling menarik ia tertulis tourist attraction hahaha korang nak ke melancong sambil kena de.ra?
0 Comments