Izreen Azminda Kini Lebih Bahagia| Bercuti Ke Langkawi Dengan Suami Tercinta

Izreen Azminda Kini Lebih Bahagia| Bercuti Ke Langkawi Dengan Suami Tercinta

 


Tidak menoleh ke belakang, Izreen Azminda (36) pelakon dari Utara tanah air ini terus bangkit daripada kisah silam. Kini dirinya lebih fokus kepada keluarga dan kerjaya. 


Terdahulu pada tahun 2012, Izreen berkahwin dengan pengarah televisyen Muhamad Riza Baharudin, namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Akhirnya pada tahun 2014, Izreen sah bercerai dengan suami beliau. Hasil perkongsian perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 2013 yang diberi nama Muhammad Adrian Umar.


Kemudian pekahwinan keduanya dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid pada tahun 2017 telah mencetuskan pelbagai kontroversi namun, beliau dan pasangan tabah mengharungi dugaan tersebut sehingga kini mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki.





Baru-baru ini, Izreen telah memuatnaik gambar percutiannya ke Pulau Langkawi. Dia mendapat respond yang baik daripada peminat. Malahan sempat berbalas komen dengan suami tercinta. 



Selamat berbahagia diucapkan pada Izreen dan suami. Semoga apa yang berlaku memberikan pengajaran dalam hidup kerana setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Dugaan harus datang terlebih dahulu sebelum kebahagiaan yang sempurna datang menjelma.

Post a Comment

0 Comments