Kanak-Kanak Lima Tahun Jatuh Tingkat 10

Kanak-Kanak Lima Tahun Jatuh Tingkat 10

 


Kajang: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.20 pagi.


"Mangsa yang jatuh dari tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.


"Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Mohd Zaid berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah.


"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407.


"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pengabaian ke atas anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku," katanya.


Menurutnya, kes di siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan Pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


Dalam Pada Itu Seorang Kanak-Kanak Lagi Berusia Lima Tahun Jatuh Tingkat 11 Hotel



Rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dirakam bermain dan memanjat balkoni sebelum terjatuh.

Mangsa ketika kejadian menginap di hotel itu dengan bapanya.

Bapanya ketika kejadian memberitahu dia tertidur kepenatan dan terlupa menutup pintu bilik sehingga diberitahu kakitangan hotel yg anaknya terjatuh dari tingkat 11 hotel tersebut

Kejadian malang ini berlaku di sebuah hotel dekat Pattaya Thailand

Post a Comment

0 Comments