Kanak-kanak Perempuan Koma Dipatuk Ular

Kanak-kanak Perempuan Koma Dipatuk Ular

 


Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai dipatuk ular dihadapan rumahnya ketika sedang bermain. Ular itu berbisa itu telah mengigit dipergelangan tangan kirinya. 


Ibunya segera membawanya ke unit kecemasan untuk rawatan lanjut. Kanak-kanak perempuan tersebut disahkan koma oleh doktor. Walau bagaimanapun selepas 48 jam jari kanak-kanak itu bergerak dan dia telah sedar dari koma pada waktu kritikal itu.  Ular yang mengigitnya telah berjaya ditangkap oleh pihak  yang bertangungjawab.  








Semoga kanak-kanak tersebut cepat sembuh seperti sedia kala. Menurut netizen, kejadian berlaku di Kuala Lumpur.


Rawatan Awal Ketika Dipatuk Ular Berbisa


Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :


1)Bertenang atau tenangkan mangsa;


2)Hadkan pergerakan bahagian atau anggota yang dipatuk bagi mencegah bisa merebak ke dalam tisu dan ke seluruh badan. Sekiranya dipatuk pada bahagian tangan atau kaki maka penggunaan splint pada anggota berkenaan adalah disyorkan;


3)Minta bantuan (jika berseorangan) atau hubungi anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan menggunakan talian 999;


4)Jika berlaku perdarahan, berikan tekanan ke atas luka menggunakan kain bersih;


5)Gunakan papan atau papah mangsa sekiranya mangsa perlu dipindahkan;


6)Sekiranya, bantuan lambat tiba, bawa mangsa ke pusat rawatan berdekatan;


7)Cuba sebaik mungkin untuk mengenal pasti jenis ular yang mematuk atau menggunakan kamera/telefon bimbit untuk mengambil gambar ular;


8)Membawa ular yang telah mati ke pusat rawatan bagi membantu mengenal pasti jenis ular (pastikan keselamatan sentiasa diutamakan);


 9)Pemakaian “torniquet” adalah tidak digalakkan;


10)Jangan sesekali menyedut atau memotong bahagian luka patukan ular;


11)Segera berjumpa doktor


Kredit: my health

Post a Comment

0 Comments