Kisah Sedih Disebalik Wanita Paling Hodoh Di Dunia

Kisah Sedih Disebalik Wanita Paling Hodoh Di Dunia

 





Dia ialah Mary Ann Bevan yang dikenali sebagai "wanita paling hodoh di dunia" tetapi apabila anda mengetahui kehidupannya, anda akan memanggilnya "orang paling cantik di dunia." 


Marry Ann mengalami akromegali yang menyebabkan dia mengalami pertumbuhan yang tidak normal dan herotan muka. Selepas kematian suaminya, tanpa pencari nafkah di rumah, bebanan hutang yang banyak dan keperluan kewangan  untuk menyara 4 anaknya, dia memutuskan untuk menyertai pertandingan yang memalukan dan memenangi gelaran sebagai "wanita paling hodoh di dunia". Dia telah menangi wang tunai 50$. 


Kemudian dia bekerja oleh sebuah kumpulan sarkas dengan melawat bandar yang berbeza di mana orang ramai datang untuk ketawa dan memalukannya. Kanak-kanak melemparny dengan batu dan mentertawakannya di pentas sarkas. Tetapi dia tetap membalasnya 


"saya mencintai kamu, kamu seperti anak-anak saya. Tapi keranacwajah saya hodoh kamu melayan saya seperti binatang". 


Dia menahan ejekan orang lain untuk membesarkan anak-anaknya dan memberi mereka kualiti hidup yang lebih baik. Marry Ann meninggal dunia pada tahun 1933.


Salah seorang anaknya berkata selepas kematian ibunya "ibuku akan memberikan kami roti ketika kami lapar. Dia ibu yang sangat bertanggungjawab. Tetapi dia sering menangis setiap malam. Dia meminta maaf kepada kami kerana tidak mampu menjadi ibu yang baik.  Ibu ku berkata, sekiranya dia cantik pasti orang ramai akan menghormatinya" ujarnya. 




Sehingga hari ini, masyarakat menilai manusia dari segi rupa fizikal, jika mata kita dapat melihat jiwa dan bukannya jasad, Mary Ann pasti wanita paling cantik di dunia.  Adakah anda setuju?

Post a Comment

0 Comments