Kisah Tunku Abdul Rahman Mendapat Kritikan Ramai Selepas Meluluskan Casino Genting Dan Komplot Tanah Pahang-Selangor

Kisah Tunku Abdul Rahman Mendapat Kritikan Ramai Selepas Meluluskan Casino Genting Dan Komplot Tanah Pahang-Selangor

 


Lim Goh Tong semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran kawasan tersebut. Jadi beliau pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tetapi berdekatan dengan Kuala Lumpur.


Setelah lama mencari beliau  jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut. Gunung Ulu Kali terletak di tengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Tidak semudah yang disangka kerana untuk melakukan sebarang projek kena melalui kedua-dua negeri ini.


Gunung Ulu Kali, Sempadan Bentong-Hulu Selangor


Jadinya, Lim Goh Tong telah memulakan langkah dengan bekerjasama dengan Tan Sri Hj Mohamed Noah Omar. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.



Tan Sri Dato Haji Noah Bin Orang Kaya Omar 
Selepas bersara, beliau menjadi Pengarah Genting Higlands Sdn Bhd, sebuah pusat perjudian di Gunung Ulu Kali.


Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Seoangor. 



Datuk Harun Idris

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tetapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa itu tidak setuju untuk meluluskan permohonan ini.


Beliau hanya boleh memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad. Lim Goh Tong tidak setuju dengan pajakan 99 tahun sebaliknya beliau mahukan hak milik kekal. Akhirnya Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun untuk memenuhi permintaan Lim Goh Tong.


Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,800 ekar yang dimiliki oleh kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong.


Tun Abdul Razak

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke Puncak Gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa 4 bulan semua proses permohonan tanah selesai.




Tan Sri Noah Omar memiliki RM602,318,000 saham dalam Resort World Berhad. Yayasan Noah memegang saham sebanyak RM3,334,600 dalam Genting Berhad.


Tun Haniff Omar



Datuk Dr Fawzia Abdullah

Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar, Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Amin Othman dan bekas pegawai bank Dato Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Buku "The Three Swans" ada menceritakan perjalanan tertubuhnya Genting Highlands ini. Buku ini diterbitkan oleh MPH Group Sdn Bhd setebal 320 ditulis Datuk Dr Fawzia Abdullah.


Di sinilah segalanya bermula....





Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohamed Noah Bin Omar, Lim Goh Tong dapat menemui Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Setelah mendengar cadangan Lim Goh Tong itu, Tunku menyatakan kepadanya sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan.


Dalam masa sama keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan, Tunku menyatakan kepada Lim Goh Tong bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan satu jalan raya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalan raya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan.




Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalami konfrantasi dengan Indonesia. Jika kerajaan membelanjakan sebarang wang yang besar untuk membangunkan Gunung Ulu Kali ia akan menerima kritikan daripada pembangkang dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. 


Untuk mengelakkan kejadian ini kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan. Pada pendapat Tunku tawaran Lim Goh Tong tiba tepat pada masanya.


Lim Goh Tong Kisah Saya


Beliau meminta Lim Goh Tong untuk menyediakan satu kertas cadangan supaya beliau dapat mengkajinya. Dalam masa seminggu sahaja Lim Goh Tong dapat menyiapkan kertas cadangan tersebut dan menyerahkannya kepada Tunku. Beliau nampaknya gembira setelah membacanya dan memberikan lampu hijau untuk meneruskan projek berkenaan.




Pada 27 April 1965 Lim Goh Tong dan Tan Sri Haji Mohamed Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Bhd. Di antara tahun 1965 dan 1970 mereka membuat permohonan kepada kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas. Dengan sokongan Tunku Kerajaan Pahang serta merta meluluskan permohonan mereka, tetapi mereka menghadapi sedikit masalah dengan kerajaan Selangor Datuk Harun Idris pada ketika itu Menteri Besar Selangor hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99 tahun.




Ini mengecewakan perancangan mereka, Lim Goh Tong kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah yang berlaku. Di pertemuan itu beliau menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pedalaman yang memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalan raya dan menyediakan prasarana air, elektrik dan lain-lain kemudahan di situ.


Jika kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun beliau terpaksa menyerahkan kepada kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai. Beliau menekankan jika Selangor tidak menghiraukan permohonan mereka untuk pegangan bebas. Mereka tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya. Lim Goh Tong menjelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan pantai-pantai yang menghadap Laut Cina Selatan. Selangor sebaliknya akan berbangga dengan Pantai Morib yang berlumpur.




Sebaik sahaja Genting Highlands ditambah di dalam senarai pusat percutian Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang pelancongan.


Datuk Harun akhirnya bersetuju dan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang dipohon selepas mendapat desakan dari beberapa pihak. 31 Mac 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands apabila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel, sekarang bernama Theme Park Hotel. Pada hari bersejarah itu juga Tunku membawa satu berita gembira yang mengejutkan di dalam ucapannya Tunku menyatakan berbangga dengan usaha Lim Goh Tong membangunkan sebuah pusat peranginan tanpa bantuan kerajaan dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara.


Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pedalaman ini beliau menyatakan kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti KASINO. Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenaan Lim Goh Tong bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik. 


Setelah Tunku mengisytiharkan kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada Lim Goh Tong lesen KASINO. Beliau pergi melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan KASINO di sana. 




Beliau juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa tauke tauke KASINO untuk berusaha sama dengan KASINO Genting, beliau bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada 20 April 1969, dalam perjalanan ke Macau untuk bertemu Stanley Ho yang memiliki KASINO tunggal di Macau dan menyampaikan hasrat lawatannya. 


Pada 28 April 1969, di hari Lim Goh Tong kembali ke Kuala Lumpur beliau menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan lesen KASINO dari kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Mesyuarat kabinet berlangsung pada sebelah petang dan permohonan Lim Goh Tong telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan kabinet telah meluluskan permohonannya, hanya 6 jam selepas permohonan itu diserahkan. 



Beliau diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen KASINO yang pertama dan yang tunggal di negara ini. Sebaik sahaja kelulusan itu diperolehi telegraf berita baik itu berserta dokumen sokongan telah diserahkan kepada Stanley Ho. 


Dua minggu berikutnya Lim Goh Tong terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha sama menjalankan KASINO, namun disebabkan beberapa masalah mereka gagal mencapai kata sepakat untuk usaha sama itu. 



Selepas itu, Lim Goh Tong berurusan dengan Mr Chong Tat Wong tauke KASINO tunggal di Seoul. Beliau membuat perjanjian usahasama untuk 3 tahun pada 1971 membantu menguruskan KASINO Genting. Setelah 9 bulan bekerjasama mereka bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan.


Dari sejak itu Genting menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan KASINO. 


Jadi begitulah secara ringkas kisah perjalanan tertubuhnya sebuah KASINO di Malaysia.





Post a Comment

0 Comments