KANGAR - Semalam kecoh dengan sebuah video klip menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan dengan api yang marak pada anggota badan di Jalan Syed Omar, Kg. Syed Omar, Kangar, Perlis.
Pasukan Balai Bomba Kangar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 08.49 malam. Terdapat sebuah Kereta telah terbakar yang melibatkan sebuah kereta Perodua Alza. Kereta tersebut telah terbakar hampir 90% .
Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa cina yang terbakar hampir 80% keluar daripada kereta dengan badan dipenuhi api yang marak. Setelah itu, mangsa telah dibantu orang ramai untuk memadam api tersebut.
Sementara itu, pasukan Bomba bertindak memadamkan kebakaran sehingga selesai dan mangsa yang cedera dan terbakar tersebut telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulans. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.44 malam. Punca kebakaran masih dalam siasatan polis. Namun, menurut orang ramai mangsa telah menuang minyak petrol ke atas badannya sebelum membakar diri kerana dikatakan cuba untuk membunuh diri.
Semoga mangsa segera pulih seperti sedia kala.
Sumber : Bomba Perlis
0 Comments