PASIR MAS: Dua maut termasuk seorang ibu yang sarat mengandung sembilan bulan selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kejadian di Kampung Lumpur, di sini, jam 7 malam tadi.
Bagaimanapun, bayi lelaki di dalam kandungan wanita berkenaan dilaporkan selamat dan sedang mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas (HPM).
Mangsa, wanita berusia 24 tahun disahkan meninggal di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang lelaki berumur 18 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HPM sekitar jam 10 malam.
Saksi, yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, kejadian berlaku terlalu pantas namun dia sempat melihat kedua-dua motosikal bertembung dan lebih menyayat hati apabila bayi dalam kandungan 'terkeluar' manakala remaja itu terpelanting ke bahu jalan akibat pertembungan itu.
"Wanita berkenaan menunggang motosikal sambil membonceng seorang lagi kanak-kanak dipercayai anaknya.
"Mereka cuba dibantu oleh orang ramai yang melalui jalan berkenaan sebelum menelefon ambulans dan pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui di perkarangan HPM, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu namun siasatan terperinci masih dijalankan.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
0 Comments