Dulu Dikecam, Kini Aina Abdul Tampil Dengan Fesyen Unik Dengan Lebih Yakin

Dulu Dikecam, Kini Aina Abdul Tampil Dengan Fesyen Unik Dengan Lebih Yakin

 


Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) lalu,  Aina Abdul telah dikecam teruk oleh peminat dan netizen dengan penampilan busananya yang dianggap pelik dan luar dari kebiasaan. Tapi kini netizen seperti sudah biasa dengan selera fesyen 'unik' Aina. Tiada lagi cakap-cakap yang kurang enak didengar.





Penyanyi berbakat besar ini sekali lagi telah menonjol dalam AJL ke36 dengan busana "A Queen Of Garden" yang dicipta oleh pereka fesyen Melinda Looi. Baju ini direka khas untuk nyanyian duet bersama Khai Bahar  yang bertajuk Nafas Cinta. 





Selain itu, Aina Abdul turut mengenakan pakaian seakan-akan trofi AJL untuk lagu keduanya iaitu Sepi. Aina telah memenangi  vokal terbaik dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM12 000. Aina dan Khai Bahar juga turut memenangi Penyanyi Pilihan Popular AJL36. Tahniah Aina!





Post a Comment

0 Comments