M4yat Lelaki Disyaki Pesakit Mental Ditemui Terapung

M4yat Lelaki Disyaki Pesakit Mental Ditemui Terapung

 


KOTA BHARU – M4yat seorang lelaki dipercayai pesakit mental ditemui dalam keadaan terapung di bawah Jambatan Pasir Tumboh, Sungai Pasir Tumboh di sini hari ini.


Lelaki yang dikenali sebagai Norazmi Mohd. Kassim berusia dalam lingkungan 30-an ditemui kira-kira 10 meter dari tebing sungai oleh orang awam kira-kira pukul 7 malam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, El Taraff Mohd. Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.10 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati m4yat seorang lelaki berada dalam keadaan terapung di dalam sungai berkenaan.


“Mangsa berada pada kedudukan 10 meter dari tebing sungai. Bomba menggunakan sebuah bot untuk mengangkat mangsa kira-kira 35 minit kemudian.


“M4yat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk dibedah siasat,” katanya.







Post a Comment

0 Comments