Masa Tengah Mandi Jenazah Selalu Dengar Ayat Macam Ni, Ustaz Perjelas Hukum Sebenar

Masa Tengah Mandi Jenazah Selalu Dengar Ayat Macam Ni, Ustaz Perjelas Hukum Sebenar

 


Apakah hukum si suami/isteri memberi ciuman kepada si isteri/suami ketika saat akhir mereka dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada ahli keluarga si mati memberikan ciuman terakhir.


Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami/isteri terhadap jenazah isteri/suami atau sebaliknya. Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.


Tetapi, ada pula stigma dan kekhilafan kita masyarakat Islam Melayu yang menyuruh dan mengelakkan air mata daripada jatuh ke kain kafan jenazah kerana beranggapan jenazah akan terseksa dan berat untuk pergi.


Kita yang jahil ini pula menurut sehinggakan ada ahli keluarga yang tidak dapat/sempat sekali gus dilarang untuk cium, peluk orang tersayang buat kali terakhir kerana tidak mampu menahan sebak air mata yang berjuraian.


Oleh itu, sejauh manakah perkara ini sah di sisi Islam?


"Jaga2 air mata tu, jangan sampai terkena jenazah dan kain kafan nya..seksa jenazah tu..berat dia nak pergi".....





Ini lah khilaf yg sering berlaku dalam masyarakat melayu Islam kita...





Tiada hadis dan nas yang mengatakan tak boleh...





Ada juga yang pernah mengalami perkara serupa






Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)


Post a Comment

0 Comments