Nama Izwan Azir Salleh tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia apabila wajahnya sering muncul di Buletin Utama sebagai pembaca berita. Selain kredibiliti sebagai seorang jurnalis, Izwan juga pernah dikecam netizen akibat daripada isu politik sebelum ini. Namun, Izwan terus tabah dan terus melaksanakan tugas dengan baik.
Bak kata orang di setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Semalam, Izwan melakukan tugas buat kali terakhir apabila dia telah meletak jawatan pada jumaat lalu. Berita itu telah disahkan sendiri oleh Izwan ketika Buletin Utama bersiaran secara langsung.
“Umum perletakan jawatan selepas 16 tahun berkhidmat
Bermula dengan kosong, ternyata Izwan telah banyak menimba ilmu sepanjang dia bekerja di bahagian berita. 16 tahun merupakan waktu yang sangat lama dan bagi Izwan, ini merupakan masa yang sesuai baginya untuk melakukan suatu yang baru. Lihat video tribute khas Izwan diatas.
“Buat netizen sebak
Last day Izwan Azir Saleh baca berita. Tetiba rasa sebak. Kesian dia asyik kena kecam sebab dulu TV3 kan memihak kepada kerajaan yg lepas π’ Semoga terus maju jaya, tuan! pic.twitter.com/54Knvxbb13
— ππππππ²πΎ | BTOB TIME GO (@saliagomes) July 2, 2018
“Buka buku baru
Menerusi kapsyen Instagram rakan Izwan di TV3, pembaca berita itu telah menerima tawaran untuk menjadi Setiausaha akhbar Menteri. Selamat maju jaya kami ucapkan untuk Izwan!
Sumber: Twitter/ Youtube
0 Comments