Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai ke kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Bukan sahaja menjadi perhatian di Thailand, malah netizen Malaysia turut mengikuti rapat perkembangan kes tersebut.
Susulan kes itu, pendakwah dan penceramah televisyen tanah air, Ustaz Elyas Ismail mendedahkan dia ada menerima mesej daripada netizen yang bermimpi tentang Tangmo.
Menerusi video di kongsikan di aplikasi TikTok, Ustaz Elyas berkata mimpi itu berkemungkinan disebabkan terlalu banyak berfikir atau mengikuti kes tersebut.
“Baru-baru ini ada orang berkongsi tentang dia mimpi Tangmo Nida iaitu artis terkenal di Thailand yang mati dalam kes yang sangat menyayat hati dan mengejutkan.
“Bagi kita orang Islam, kalau mimpi macam itu, kita jangan keterlaluan sangat nak takut, bimbang. Mungkin boleh jadi sebab kita banyak fikir, baca dan ikuti perkembangan kes tersebut. Maka, itu boleh menyebabkan kita mimpi,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Elyas turut menegaskan kepada mereka yang beragamaa Islam supaya tidak mengucapkan ‘Rest in Peace’ kepada seorang yang bukan Islam kerana ianya seperti doa.
“Bagi saya, jika kematian melibatkan orang bukan Islam, seminat mana kita suka lakonan dan sayang dia, sama sekali kita tak boleh ucapkan RIP.
“RIP itu macam doa, kita orang Islam tak boleh. Sekadar bersimpati, berdukacita atas apa yang berlaku, itu boleh. Moga kita dapat manfaat dan belajar sesuatu,” katanya.
Siapa Tak Kenal ustaz Kazim Elias? Kesungguhan beliau menyampaikan dakwah melalui ceramahnya telah mula mendapat perhatian ramai. Rakan – rakan serta penduduk seperjuangan menubuhkan sebuah Pusat Pendidikan. baru-baru ini beliau menyampaikan ceramah di salah sebuah masjid dengan menyentuh isu tak penting utk difikirkan.
Siapa Yang Bunuh Tangmo Nida? Sedih Umat Islam Sibuk fikir Hal Yang Tak Perlu- Ust Kazim Elias
fikir tangmo meniggal lagi lebih banyak berbandingg fikri ramadhan akan datang..
sepupu pun tdk, anak saudara pun tdk, sibuk hal orang..
Ini pula nasihat dari Pendakwah & penceramah televisyen tanah air, Ustaz Elyas Ismail
Sudah dua minggu kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida menjadi bualan hangat di media sosial. Biarpun terjadi di negara jiran, netizen Malaysia mengikuti rapat perkembangan
kes ini sehinggakan majlis penghormatan mendiang yg diadakan pada hariJumaat hingga Ahad.
“Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras Tangmo” – Isteri Shuk
Perkongsian video di aplikasi TikTok isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila mendakwa ramai mengatakan wajahnya mirip mendiang pelakon Thailand Tangmo Nida.
Menerusi video tersebut, Rossa memuat naik video penampilan terbarunya memakai jubah berwarna hijau yang kelihatan lebih langsing dan cantik.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripad netizen yang kurang bersetuju dengan dakwaan ibu kepada dua cahaya mata itu.
Malah, ada yag mengatakan kenyataan Rossa itu hanya ‘syok sendiri’. Tidak kurang juga ada yang meminta Rossa supaya tidak membuat konten seperti itu kerana boleh memalukan dirinya sendiri.
0 Comments