Siapa Paling Gemuk Dan Buncit, Dia Paling Hensem

Siapa Paling Gemuk Dan Buncit, Dia Paling Hensem

 



Definisi tampan mahupun hensem itu adalah merupakan satu perkara yang subjektif dan ada pelbagai tafsiran.


Ada perempuan yang kata lelaki yang berjanggut itu hensem, ada kata yang kurus itu hensem, ada kata yang tinggi hensem dan macam-macam lagilah 


Namun, secara tipikal kita boleh tengok adalah orang kita akan kata seseorang lelaki itu hensem apabila dia sado, putih dan yang penting......... Kaya 😂😂😂


Namun tahukah anda bahawa di negara Ethiopia, terdapat satu suku bernama suku Bodi yang memandang nilai ketampanan secara berbeza.





Bagi orang Bodi di Ethiopia, lelaki yang paling gemuk dan memiliki perut paling buncit adalah lelaki paling hensem dan diimpikan wanita.


Pada setiap tahun akan ada satu festival untuk mencari lelaki paling hensem.


Selalunya, 6 bulan sebelum festival itu bermula, para lelaki bujang akan menyendiri dan makan banyak susu lembu serta darah lembu. 


Mereka juga tidak akan bersenam dan akan duduk diam saja untuk besarkan badan dan buncitkan perut.


Pada hari festival barulah lelaki-lelaki bujang ini akan keluar dan pergi ke festival itu. Lelaki yang paling gemuk dan buncit akan diiktiraf sebagai hero Bodi.


Beliau akan dilantik menjadi ketua pemuda suku itu serta boleh memilih untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja gadis yang mereka suka. Mereka juga akan jadi idaman gadis.


Kalau saya pergi sana, rasanya saya boleh menang tak? Hahaha


Kredit : Iskandar Zulfaqar

Post a Comment

0 Comments