Arthur Labinjo-Hughes, 6, ditemui longlai di rumahnya di Cranmore Road, Shirley di Solihull, pada 16 Jun tahun lalu. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Kanak-kanak Birmingham pada keesokan harinya.
Arthur yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya telah dide.ra dan dinafikan haknya sebagai seorang kanak-kanak selama berbulan-bulan. Bahkan menurut media, Arthur hanya diberi garam untuk mengalas perutnya. Tiada makanan mahupun minuman. Arthur juga dipaksa berdiri selama 14 jam dan dihentak kepalanya ke permukaan keras, sehari sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri.
Apa yang paling mengusik jiwa adalah klip audio yang didedahkan di mahkamah. Kedengaran Arthur menangis teresak-esak memanggil bapa saudaranya, "Blake tiada sesiapa yang sayangkan saya...." Selain itu dia turut menyatakan berulang kali "Ayah akan campak saya ke luar tingkap." Juri juga mendengar Arthur menyebut "Tiada sesiapa beri saya makan hari ini."
Saksi menyatakan keadaan Arthur sangat menyedihkan, "Pakaiannya kotor, bibirnya merekah, dia sukar membuka mulutnya untuk berbicara, rambutnya kotor, kukunya kotor dan dia kelihatan kekurangan zat." Sebelum ini Athur dijaga baik oleh bapanya. Namun selepas bapanya tinggal bersama ibu tirinya dia mula didera dengan teruk.
Arthur diserahkan kepada bapanya selepas ibunya dipenjarakan 18 tahun atas kesalahan menikam teman lelakinya sehingga mati. Kes penderaan Arthur masih berjalan.
Ibu tiri Arthur (Emma Tustin) dipenjara minimum 29 tahun, bapanya minimum 21 tahun. Laporan media ada menyebut kehidupan Emma kat penjara tak mudah. Dia kena buli dengan banduan lain. Kena baling dengan garam. Makanan dia pun di"ra.cun" dengan garam.
Elaine Pritchard, salah seorang banduan menyebut, "Kami mungkin melakukan kesalahan yang k3jam tetapi dia lebih k3jam kepada Arthur, jadi dia layak mendapatkannya."
Video CCTV Arthur
Sumber:DangAnum
0 Comments