Wanita Koma Dibelasah Suami Semakin Lemah, Doakan Kakak

Wanita Koma Dibelasah Suami Semakin Lemah, Doakan Kakak

 


Pasti ramai ingat lagi tentang tular kisah seorang wanita yang sedang hamil dibelasah sehingga koma selepas dibelasah suaminya, sekaligus mengundang kemarahan netizen.


Baru-baru ini difahamkan, keadaan wanita tersebut iaitu Jahidah Nordin tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.


Adiknya, Fauziah Nordin berkata doktor menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan Jahidah yang memerlukan proses bantuan pernafasan (CPR).


Ujarnya lagi, kakaknya itu selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.


@ziahzara15 😔.......#mangsaderasuamidayus #braindamage #kakjahidah #EshanNufail ♬ Kiss the Rain - Richard Abel

 

@ziahzara15 ❤️❤️sayang Nufail..#mangsaderasuamidayus #braindamage #EshanNufail #babyajaib #ziahzara #bedridden ♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes🥀


 “Kali ke berapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.


“Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun,” katanya.


Berkongsikan luahan perasaannya mengenai kakaknya itu di Facebook, Fauziah berkata dia bimbang memikirkan keadaan Jahidah yang tidak boleh meluahkan kesakitannya.


“Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata.


“Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah,” luahnya.


Terdahulu, Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki J Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.


Pada Mei tahun lalu, wanita berusia 43 tahun itu kome akibat kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya.

Post a Comment

0 Comments