6 Haiwan Yang Jarang Minum & Mampu Bertahan Hidup Tanpa Air

6 Haiwan Yang Jarang Minum & Mampu Bertahan Hidup Tanpa Air

 

Beberapa haiwan dapat bertahan hidup di tempat yang paling kering di bumi ini walaupun tidak minum air sekalipun. Foto wild life.



Terdapat beberapa haiwan yang boleh bertahan hidup di tempat yang paling kering di Bumi ini walaupun tidak minum air sekalipun. Oleh kerana mereka pandai menyesuaikan diri membuat mereka sangat berjimat dengan air dan tidak hidrasi sekalipun. 


Walhal mereka hidup di tempat yang paling kering dan jarang hendak meminum air. Di bawah senarai 6 haiwan yang mampu bertahan hidup walaupun jarang minum air.


1. Kura-kura Darat




Di gurun Mojave dan Sonora barat laut Amerika, ada beberapa spesies kura-kura boleh hidup di kawasan yang gersang dan tandus. Reptilia ini panjangnya sekitar 12 inci dan meminum air dengan caranya tersendiri.


Ginjal atau saluran kencing kura-kura darat boleh membesar untuk menampung air sekitar 16 auns. Kemudian kura-kura itu boleh menyerap kembali air dari air kencingnya untuk bertahan satu tahun atau lebih tanpa minum.


2. Tikus Kangaroo





Tikus kangaroo tidak pernah minum air dan hanya menikmati air dari biji yang dimakannya. Untuk bertahan hidup di iklim kering Amerika Barat, ginjalnya menghasilkan air kencing yang sangat pekat, dan tidak melekit atau berpeluh. Ia kerana ada beberapa spesies dapat menurunkan tahap metabolisme mereka sehingga kehilangan sedikit kelembapan melalui pernafasan.


3. Iguana Berduri





Duri-duri di tubuh iguana Australia ini banyak fungsinya bukan sekadar menangkis pemangsa. Kulit dan duri ini untuk menyerap embun dari udara malam yang sejuk, hujan, lopak air, dan kelembapan lainnya. Satu alur nipis di kulitnya membantu mengumpul air, lalu ia masukkan ke dalam mulut untuk minum.



4. Katak Kodok




Selama musim panas dan kering, katak Australia ini mengeluarkan kepompong lendir yang menahan air keluar dari tubuhnya. Sementara itu, katak tidak aktif di bawah tanah, menunggu musim hujan lagi. Situasi itu membuat katak boleh bertahan selama dua tahun atau lebih dengan bergantung kepada cairan yang disimpan di saluran kencingnya.


5. Unta




Unta sebenarnya tidak menyimpan air di bonggol belakangnya melainkan menyimpan lemak di situ. Pada malam hari, udara Sahara yang sejuk menyejukkan rongga hidung unta, kabus dalam nafasnya akan berembun di dalam hidungnya, kemudian diserap kembali. Saluran hidung ekstra-berliku unta itu boleh menyimpan hingga 60 persen air dari kelembaban.

6. Kijang Pasir





Kijang pasir di Gurun Arab mempunyai kemampuan yang luar biasa ia boleh mengecilkan organ yang memerlukan oksigen ketika musim kemarau melanda. Dengan merampingkan hati hingga menjadi sebesar 20 ke 45 persen, dari situ kijang boleh bernafas lebih sedikit. Apabila bernafas sedikit ia tidak menghilangkan banyak air dari badan kijang



Post a Comment

0 Comments