Semasa menjalani ibadah puasa Ramadhan kita berharap mendapat pahala terbaik dari Allah Taala, namun kadang-kadang ada perkara yang kita lakukan boleh menghilangkan pahala tersebut. Foto Google |
Semasa menjalani ibadah puasa Ramadhan kita berharap mendapat pahala terbaik dari Allah Taala, namun kadang-kadang ada perkara yang kita lakukan boleh menghilangkan pahala tersebut. Foto Google |
Dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan, selain menunaikan kewajiban, kita juga berharap pahala dari Allah subhanahu wa ta’ala. Namun, jika puasa hilang pahalanya, dah tentu akan rasa lelah dan menyesal hanya sekadar lapar dan dahaga.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Betapa ramai orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan ganjaran dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabraniy dalam Al Kabir)
Apa yang berlaku sebenarnya pada puasa seseorang tersebut? Mengapa amalan puasa orang tersebut tidak mendapat apa-apa, padahal dia telah bersusah payah menahan dahaga bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Dirujuk dari pelbagai sumber, berikut perkara-perkara yang membuat puasa kita hanya sia-sia saja:
1. Menjalani ibadah puasa dengan tidak ikhlas
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan tentang ramainya orang yang puasanya sia-sia:
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجُوعُ
“Betapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapatkan apa-apa ganjaran kecuali rasa lapar” (HR. An-Nasai dan Ibnu Majah)
Siapa mereka itu? Yang pertama adalah orang yang mengerjakan puasa namun tidak ikhlas, tidak kerana Allah. Ibadah hanya akan diterima Allah Ta'ala jika ikhlas. Termasuk keutamaannya, hanya boleh didapatkan kalau didasari dengan iman dan hanya mengharap balasan dari Allah. Fahami hadis berikut ini:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap perhitungan (pahala) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (Muttafaq ‘Alaih)
2. Suka berkata-kata kotor atau keji
Orang yang berkata keji, secara ringkasnya bermaksud lucah puasanya juga akan sia-sia.
الصِّيَامُ جُنَّةٌ ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّى صَائِمٌ
"Puasa adalah perisai, maka barang siapa sedang berpuasa janganlah berkata keji dan mengumpat, jika seseorang mencela atau mengajaknya bertengkar hendaklah dia mengatakan: aku sedang berpuasa. (Muttafaq ’alaih)
3. Sering mengumpat dan marah
Sebagaimana hadits di atas, mengumpat juga membuat pahala puasa berkurang bahkan hilang sama sekali. Ia juga boleh membuat puasa menjadi sia-sia. Apatah lagi marah, ia juga boleh membuat puasa menjadi sia-sia. Mengumpat dan marah adalah perbuatan yang sama tak baik.
4. Mencela dan mengajak bertengkar
Jika ada orang yang mencela atau mengajak berkelahi, Rasulullah berharap supaya orang yang berpuasa itu menahan diri. Cukup menjawab bahawa dirinya sedang berpuasa.
Jika ada yang mengajak berkelahi kita disuruh menahan diri, bagaimana jika kita yang mencela dan mengajak bertengkar? Pahala puasa boleh hilang. Bahkan puasa menjadi sia-sia.
5. Menganjing atau ghibah
Ghibah adalah membicarakan keburukan orang lain juga boleh membuat puasa sia-sia. Sama sejenis dengan berkata keji, mengumpat dan mencela, yakni sama-sama penyakit lisan.
Bahkan ghibah diibaratkan memakan daging saudara sendiri yang telah meninggal. Dan di neraka, siksa untuk orang suka ghibah juga seperti firman Allah ini:
وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
"Dan janganlah sebahagian kamu memerli sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (QS. Al Hujurat: 12)
6. Suka berdusta
Berbohong atau berdusta secara tegas disebutkan oleh Rasulullah sebagai penyebab puasa sia-sia. Allah tidak menyukai kepada puasa orang yang berdusta.
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan palsu dan amalannya itu, maka Allah tidak punya keperluan untuk meninggalkan makanan dan minumannya” (HR. Bukhari)
7. Memberi kesaksian palsu
Memberikan kesaksian palsu juga merosakkan pahala puasa dan menjadikan puasa sia-sia. Dia juga merupakan bentuk lain selain berbohong bahkan lebih dahsyat daripada sekadar berdusta biasa.
8.Memfitnah
Membicarakan keburukan orang lain yang benar-benar terjadi tanpa kehadiran orang tersebut dan jika ia mengetahuinya orang tersebut tidak suka, itu namanya ghibah. Sedangkan yang lebih besar dosanya dari itu adalah fitnah. Yakni jika seseorang mengatakan keburukan orang lain padahal orang itu tidak melakukannya. Ini juga membuat puasa sia-sia.
9. Berbuat maksiat
Seluruh kemaksiatan boleh menjadi penyebab puasa sia-sia. Kerana kita perlu berwaspada dan bermujahadah supaya diri kita terhindar daripada segala bentuk kemaksiatan yang wajib kita jauhi tidak hanya di bulan Ramadhan tapi juga di sepanjang waktu.
Semoga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan lancar, baik, dan dapat menjauhi hal-hal yang membuat puasa kita sia-sia.
Wallahualam
0 Comments