Aktiviti umat muslim menjelang ketika berbuka puasa. Salah satu golongan yang disukai Allah adalah mereka yang dermawan di bulan Ramadhan. Foto Google |
Ada tiga golongan manusia yang ada dalam bulan Ramadhan sebagaimana dijelaskan Ustaz Muhammad Saiyid Mahadhir dalam bukunya "Bekal Ramadhan dan Idul Fithri (1): Menyambut Ramadhan".
Seperti diketahui, Ramadhan adalah penghulu semua bulan dan Allah mengistimewakannya dari bulan-bulan lain. Hendaknya umat Islam menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Tambahan lagi hari ini kita memasuki 10 hari kedua bulan Ramadhan. Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan maghfirah-Nya bagi yang ikhlas menghidupkan puasa Ramadhan.
Berikut 3 golongan manusia di Bulan Ramadhan:
1. Kelompok Zalim
Mereka ini adalah orang-orang yang kurang sekali fokus dan sambil lewa terhadap bulan Ramadhan. Bagi mereka kedatangan Ramadhan dianggap biasa-biasa saja dan dianggap sebagai beban. Kelompok ini menyamakan bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lainnya. Mereka berpuasa, tapi hanya sebahagian saja, lalu sebahagian lainnya mereka tinggalkan bukan kerana keuzuran. Sehingga kewajiban berpuasa tidak dijalankan dengan sempurna.
Boleh jadi mereka berpuasa penuh selama satu bulan, namun hari-hari mereka meninggalkan solat fardhu, banyak tidur. Inilah kezaliman mereka untuk diri masing-masing. Di akhirat kelak nasibnya sangat menyedihkan, walaupun kita tetap berharap keampunan dan kasih sayang Allah. Orang-orang seperti ini harus diingatkan dengan baik dan lemah lembut supaya menyedari pentingnya beramal soleh di bulan Ramadhan.
2. Kelompok Muqtashid (pertengahan)
Mereka adalah orang-orang yang bergembira menyambut hadirnya bulan Ramadhan. Rasa gembira itu semakin menjadi-jadi kerana selepas itu bakal ada cuti panjang. Memang ada kesedaran beragama bahawa di Ramadhan waktunya untuk menghapus dosa dan mengambil banyak pahala untuk bekalan di akhirat kelak. Namun, banyaknya aktiviti dan iman yang kurang mantap, membuat mereka lalai mengerjakan ibadah-ibadah sunnah.
Kelompok pertengahan ini kadang-kadang meninggalkan ibadah solat tarawih dan witir ataupun solat rawatib qabliyah dan ba'diyah. Dalam satu hari itu ada rasa malas untuk membaca Al-Qur'an, sehingga target bacaan Al-Qur'an tidak tercapai. Mereka juga full berpuasa, namun ada di antara mereka yang sehariannya terlalu banyak tidur. Amalan-amalan sunnah Ramadhan tidak begitu diberatkan.
3. Sabiqun Bil Khairat (berpestasi)
Kelompok ketiga ini disebut dengan istilah orang-orang berprestasi kerana memang mereka adalah orang-orang yang berusaha meninggalkan perkara haram dan makruh. Mereka juga meninggalkan sebahagian perkara mubah demi kesempurnaan ibadah puasa yang mereka jalankan.
Mereka ini sebenarnya bukan hanya berprestasi di bulan Ramadhan, namun di luar Ramadhan mereka adalah orang-orang berprestasi. Kerinduan mereka kepada Ramadhan membuat mereka selalu berdoa sepanjang bulan kepada Allah. Golongan ketiga ini sangat disukai Allah Ta'ala. Mereka disifat Allah dalam ayat berikut:
كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Artinya: "Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan selalu memohon keampunan di waktu pagi sebelum Fajar." (QS. Adz-Dzariyat: 17-18)
Kualiti ibadah mereka jangan ditanya. Solat malam tidak pernah tinggal. Ibadah sosial mereka juga sangat kuat. Mereka sangat dermawan di bulan Ramadhan. Seluruh anggota badan mereka berpuasa, mata berpuasa dari melihat hal-hal yang dilarang oleh Allah. Begitu juga dengan telinga, lidah, bibir, tangan, kaki dan seluruh anggota tubuh lainnya tidak bermaksiat kepada Allah.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang berpuasa bulan Ramadhan dengan iman dan ihtisab, telah diampunkan dosanya yang telah lalu. Dan siapa yang bangun malam Qadar dengan iman dan ihtisab, telah diampunkan dosanya yang telah lalu". (HR Al-Bukhari Muslim)
0 Comments