Bila tiba bulan Ramadan, air katira sentiasa menjadi pilihan ramai di Bazar Ramadan. Namun, ada juga sesetengah peniaga yang menjual air ini dengan menggunakan resipi tangkap muat saja, bukan air katira asli Johor.
Dibawah ini adalah katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ini lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya (kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Boleh juga didapati secara atas talian di Shopee atau Lazada.
Minuman ni berasal dari timur tengah dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan. Tetapi, orang Johor ada membuat sedikit perubahan dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
Kalau anda nak rasa Air Katira yang sedap dan semestinya resipi asli, jom cuba resipi air katira asli johor perkongsian dari Kamarul Ariffin Nor Sadan di bawah.
RESIPI AIR KATIRA ASLI JOHOR
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar katira
- 1 sudu besar biji selasih
- 3 biji kurma
- 3 biji kembang semangkuk
- 4 biji badam
- 4 helai daun pandan
- 4 sudu besar gula
- 1 liter susu segar
*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
Cara-cara:
1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
2. Sekitar 4-6 jam, semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, dah boleh angkat dan toskan.
3. Sementara itu, potongkan badam. Cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan.
4. Rebus daun pandan tadi dengan air dan gula untuk dapatkan aroma serta warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
5. Apabila bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik, Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya. Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
6. Sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos dahulu. Jangan terus tuang dalam susu tu. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat.
7. Air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
0 Comments