Baru Bernikah Tiga Bulan, Mak Wan Latah Diceraikan

Baru Bernikah Tiga Bulan, Mak Wan Latah Diceraikan

 


Hanya mendirikan rumah tangga selama tiga bulan, pelakon veteran Mak Wan Latah dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya Husain Dolah apabila diceraikan dengan talak satu.



Menurut laporan mStar Online, lafaz cerai dilakukan bekas suaminya yang berusia 74 tahun itu di kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pagi tadi.


Namun begitu, difahamkan Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah atas sebab tertentu.



Peguam Husain iaitu Husna Hamdan berkata, pihaknya memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.


“Kes perceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama.

“Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah,” katanya.



Terdahulu, pasangan berkenaan bergelar suami isteri pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak selain turut mengadakan majlis resepsi seminggu kemudian di Kuala Pilah.



Sumber: mStar Online (Ali Toupan Rajalee) , Instagram @makwanlatah

Post a Comment

0 Comments