RIYADH - Arab Saudi telah memutuskan untuk menaikkan jumlah jamaah haji untuk tahun ini menjadi satu juta. Jumlah itu ditujukan untuk jamaah dari dalam dan juga luar negeri.
Jumlah jamaah haji yang datang dari negara tertentu untuk haji tahun ini akan sesuai dengan kuota yang dialokasikan untuk masing-masing negara dan dengan mempertimbangkan kepatuhan terhadap semua standard kesihatan.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengklarifikasi bahawa haji tahun ini akan dilakukan sesuai dengan sejumlah peraturan.
Pertama, haji tahun ini terbuka untuk mereka yang berusia di bawah 65 tahun dan telah menerima vaksinasi COVID-19 yang disetujui oleh Kementerian Kesihatan Saudi.
Kedua, jamaah yang berasal dari luar negara wajib menyerahkan hasil tes PCR negatif COVID-19 yang dilakukan dalam waktu 72 jam semasa berangkat ke tanah suci.
Pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah memutuskan bahawa semua jemaah harus mengikuti standard prosedur kesihatan dan mematuhi semua tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan mereka saat melakukan ibadah haji.
“Sangat penting bagi pemerintah Penjaga Dua Masjid Suci untuk menjaga keselamatan dan keamanan jemaah haji serta pengunjung Masjid Nabawi,” kata Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi seperti dikutip dari Saudi Gazette, Sabtu (9/4/2022).
Arab Saudi terpaksa mengurangi jumlah jamaah yang ingin menjalankan rukun Islam kelima ini dalam dua tahun terakhir kerana memerangi pandemik COVID-19.
Namun, dalam beberapa bulan terkahir, Arab Saudi telah melonggarkan sejumlah syarat itu. Pada bulan Mac lalu, Arab Saudi mengakhiri penjarakan sosial di Masjidil Haram di Mekkah dan Masjid Nabawi di Madinah, tetapi jamaah masih diharuskan memakai pelitup muka.
Arab Saudi juga tidak akan lagi mengharuskan pelancong untuk menjalani kuarantin wajib COVID-19 pada masa ketibaan. Penumpang juga tidak perlu lagi memberikan tes PCR pada saat kedatangan mereka.
Sumber: Arab News
0 Comments