"Bubye Ayah...' Gelagat anak kecil cium & usap batu nisan arwah ayah undang sebak

"Bubye Ayah...' Gelagat anak kecil cium & usap batu nisan arwah ayah undang sebak

 


Tular sebuah video seorang anak kecil lagi berumur lingkungan 2 tahun mencium dan mengusap batu nisan di kubur arwah ayahnya. Perkongsian itu dibuat oleh ibunya sendiri di laman tiktok @puttiayu4 yang sempat menziarah kubur arwah suaminya.


Kata Puan Ayu ini, arwah suaminya jatuh sakit pada 21 haribulan 12 2019 dan menghembuskan nafas terakhir lebih kurang setahun kemudian pada 24 haribulan 9 2020 kerana jangkitan kuman pada paru-paru. 


@puttiayu4 Reply to @_yusbiha ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio


Anak-anak la kekuatan ibu, semoga anak-anak ibu kuat dan semangat untuk lalui hari mendatang.


Aksi anak bongsu cium & usap batu nisan arwah ayah bikin sebak!

@puttiayu4

Kadang aku Terfikir.. budak umur 2 tahun.. FAHAM ke dia akan situasi mcm ni? Ibu doakan ank2 ibu semua kuat SEMANGAT utk lalui hari mendatang.. simpan sini nnt fiska dah besar boleh tengok bila ibu takda nanti🥺 semoga ank2 ibu sentiasa dalam lindunganNYA..

♬ original sound - puttiayu4


Arwah suami seorang ayah yang baik, selalu uruskan anak-anak, sebelum ni anak kedua sakit jantung berlubang pun arwah suami ulang alik dari rumah ke IJN, mungkin sebab penat sangat tak cukup tidur urus anak terus jatuh sakit.



Betul-betul yang merasai kasih sayang seorang ayah anak sulung jelah sekarang dah usia sembilan tahun, tak sangka cepat je dah besar, masa mula ayahnya pergi dialah paling menangis tak dapat terima, tidur pun peluk bantal dan gambar family, sekarang nampak dia banyak membantu saya dia tahu dan redha sekarang yang dia anak yatim.


@puttiayu4 Reply to @acik_komengong ♬ original sound - puttiayu4


Sekarang Puan Ayu redha bersama anak-anak, selepas arwah suami meninggal beliau tidak boleh tunjuk lemah depan anak-anak supaya anak-anak tidak terasa terlampau lemah. 


@puttiayu4 Reply to @iniharunshah ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar


Moment ini membuat kita semua supaya sentiasalah menghargai orang yang kita sayang, dengan sebab itu bila dah takde nanti kita boleh mengenang kembali saat manis itu.


Semoga Puan Ayu dan anak-anak berada dalam lindungan rahmatnya, redha atas tiap sesuatu, pasti Allah jua simpan sesuatu untuk mereka di sana.

Post a Comment

0 Comments