Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman lahir pada 15 April 1964 di Kelantan. Beliau juga merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penulis lirik. Namanya mula popular selepas lagu Isabella meletop pada tahun 1989. Dia juga cicit kepada ulama wali Allah Tok Kenali.
Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang Selangor.. Beliau ialah ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu. Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku 'Aku, Isabella dan Tok Kenali'. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.
“ Jantung Bob makin lemah
Semoga Bob cepat sembuh, sesungguhnya Allah saja maha pemberi kesembuhan.
“ Pesanan Bob untuk semua kawan-kawan, keluarga
Pesanan itu menjatuhkan air mata kita, jika duluan kita seorang rock sekarang hanya terlantar memikirkan soal kematian.
Kata Bob
“
"Brothers last kita kena buat agar kita sempat bertaubat sebelum kita mati...pasal yang kita hidup dulu-dulu Allah tak ambik kira, mati bila kita bertaubat kalau kita dapat jadi manusia yang baik di sisi Allah mati dalam ISLAM INSHAALLAH kita akan masuk syurga sama-sama.
Kita akan bergembira lagi, kita akan mandi sungai sama-sama, kita akan pergi pulau kita akan buat benda tu dalam syurga, dan kalau ada dosa saya, saya minta maaf, sedara-mara saya, ibu bapa saya, kawan-kawan saya kalau ada dosa sikit pun saya MINTA MAAF.
Kalau ada hutang boleh datang jumpa keluarga saya, kalau saya dah mati nanti, saya ada planning nak bayar hutang terus, tak kira ke banyak cuma saya tak ingat pada siapa saya hutang, yang banyak saya ada tulis InshaAllah isteri saya akan selesaikan yang sikit-sikit saya tak ingat sekiranya ada hutang datang jumpa, isteri dan anak saya dah tahu saya dah beritahu selesaikan masalah ini. Sebab saya tak mahu jadi orang yang bankrap di padang Mahsyar nanti. Wallahualam terima kasih Assalamualaikum semua.
Lagu Taman Rashidah Utama antara lagu rock kapak yang kekal relevan sehingga hari ini. Walaupun sudah mencecah 30 tahun sejak kali pertama diterbitkan pada 1988 menerusi album Wings Hukum Karma, lagu ini masih malar segar dan masih diterima baik peminat muzik tempatan.
Penulis lirik lagu ini, mempunyai cerita tersendiri bagaimana ilham menulis lagu berkenaan sehingga boleh hits sampai sekarang.
Asal-usul Taman Rashidah Utama
Jika ramai yang masih tidak maklum, terdapat satu taman yang dinamakan Taman Rashidah Utama yang terletak di Senawang, kira-kira 10 kilometer dari Seremban. Rupanya lagu popular nyanyian Wings itu dinamakan sempena nama taman tersebut, menurut Bob kepada New Straits Times.
Ketika saya berusia lewat 20-an, saya kenal sorang gadis 14 tahun dan jatuh cinta dengannya. Saya kemudian tahu yang dia tinggal di Taman Rashidah Utama, Seremban. Saya biasa berulang-alik Seremban ke KL sebab Wings berlatih di studio di sana.
Gadis itu singgah di studio dengan rakan-rakannya pada suatu hari untuk bertemu Wings. Dia cantik tapi saya tidak pernah dihiraukan. Tapi saya tetap suka dia dan kami kekal berkawan.
Pinangan ditolak gadis idaman
Saya sanggup tunggu sampai dia habis sekolah dan rancang nak jumpa keluarganya untuk masuk meminang. Tapi dia jelaskan dia memang tak ada perasaan pada saya.
Saya tetap hantar rombongan namun pinangan ditolak oleh gadis itu dan keluarganya. Saya patah hati.
Selepas pinangan ditolak, saya ke Seremban dan melalui perumahan itu untuk melihat gadis itu walau untuk sekejap. Tidak lama kemudian saya putus asa, dari situlah datang ilham untuk lagu Taman Rashidah Utama.
Gadis pujaan dah jadi pelakon
Dia juga mencadangkan saya buat kisah kami menjadi drama tapi sehingga kini idea tersebut masih tidak direalisasikan. Taman Rashidah Utama bukan sekadar tentang patah hati, tapi peringatan jika kita buat sesuatu ikhlas dari hati, ia akan bawa kita ke arah sesuatu yang tak pernah kita jangka
0 Comments