Ini 5 Haiwan Yang Takut Pada Air, Salah Satunya Tidak Sangka - Info Alam

Ini 5 Haiwan Yang Takut Pada Air, Salah Satunya Tidak Sangka - Info Alam

 


Haiwan yang takut air ternyata banyak berada di sekitar anda, mulai dari kucing hingga kuda. Ada beberapa sebab kenapa mereka takut dengan air, salah satunya adalah membuat binatang tersebut tidak berasa selesa. 


Dunia ini dipenuhi dengan haiwan yang memiliki sifat atau bakat yang mengujakan yang mereka gunakan untuk bertahan hidup. 


Walaupun 71% dari planet ini terdiri daripada air, namun tidak semua haiwan yang hidup di dunia ini menyukai air. Ada beberapa spesies haiwan yang sememangnya tidak menyukai air, bahkan di lopak air sekali pun. 


Berikut 5 haiwan yang takut air yang dikutip dari artikel Animal Quarters:


1. Kuda 

Sebenarnya kuda adalah salah satu haiwan yang boleh berenang, sayangnya naluri mereka juga membuatnya takut denagn air. Jika Anda memiliki kuda, ada baiknya membiasakan kuda anda melintasi sungai kecil agar tidak takut air.


Kuda akan berusaha menghindari air atau sungai sehingga dia akan menjatuhkan diri apabila melihat sungai. Ini kerana mereka menjadi tidak yakin boleh melewati sungai jika tidak dilatih dengan baik. 


Kerana secara naluri kuda diperakui dengan kecepatan larinya ketika diserang binatang buas. Makanya ketika masuk ke sungai, mereka menjadi tidak yakin kerana tidak boleh berlari secepat di darat.



Binatang buas di dalam air seperti buaya dan aligator menjadi ancaman dan jadi alasan kuda menjadi ragu-ragu melewati sungai. Kerana di alam liar, kuda seringkali tidak berdaya melawan pemangsa semacam itu dan naluri kuno inilah yang membuat mereka takut pada air.


2. Kucing 

Anda akan sering menemukan bahawa kucing peliharaan akan berusaha keras menghindar jika ingin dimandikan. Ini kerana mereka berevolusi dari spesies yang berasal dari iklim yang lebih kering dan mengembangkan diri menolak terhadap air. 


Teori lain menunjukkan bahawa kucing domestik menghabiskan waktu lama untuk merawat dirinya sendiri. Jika basah, itu akan menyebabkan bulu saling melekat. Untuk mengeringkan bulu ini akan memakan waktu lama dan dapat membuat kucing merasa tidak selesa.


Kucing memerlukan kulit mereka kering dan bersih untuk membantu mereka bergerak. Kerana itu, kucing cenderung menghindari basah dan takut dengan air. 


3. Monyet 

Monyet takut air kerana mereka tinggal di kawasan tropika di mana banyak binatang buas mengintai di bawah air seperti anaconda dan caiman. 


Monyet akan menghabiskan lebih dari setengah hidup mereka di darat dan hanya masuk ke air selama waktu-waktu tertentu dalam setahun.


Selama musim hujan, mereka mendapatkan banyak air minum yang segar yang membantu mereka bertahan hidup dan tetap terhidrasi. 


Sama seperti kuda, monyet juga mengembangkan naluri menghindari sungai kerana khawatir dengan binatang buas yang ada di dalamnya. 


4. Bobcats 

Bobcats atau kucing hutan adalah haiwan yang sukar ditangkap dan dikenal sebagai pemburu yang hebat. Namun seperti spesies kucing lainya, Bobcats juga sangat takut dengan air. 


Anda akan menemukan kucing hutan di iklim sejuk dan dikelilingi oleh salji dan ais, tetapi Anda tidak akan pernah melihat mereka berenang. Keengganan terhadap air ini menyukarkan makhluk itu untuk berburu dan menemukan makanan selama musim sejuk.


Bobcat juga, seperti kucing domestik, menghabiskan waktu lama untuk merawat dirinya sendiri. Bulunya yang berkilat boleh kehilangan kilaunya jika basah. Ini sering dianggap sebagai salah satu alasan mengapa kucing hutan menghindari air. 


Anda mungkin menemukan kucing hutan berenang melintasi sungai kecil, tetapi ia akan melakukannya hanya jika tidak ada pilihan. 


5. Lebah 

Lebah adalah salah satu serangga yang sangat membenci air. Bahkan ketika minum lebah tidak akan pernah membuat kaki kecil mereka basah, mereka akan berdiri di tepi air untuk minum.

Makanya, ketika Anda diserang lebah lebih baik masuk atau terjun ke dalam air. Lebah tidak akan boleh mengikuti Anda ke dalam air. 


Lebah takut air kerana mereka boleh tenggelam di dalamnya. Hujan yang berlebihan, banjir, dan bencana serupa lainnya juga dapat menghancurkan sarang lebah. 


Tidak seperti serangga lain, lebah tidak berevolusi untuk berenang. Jika sayap lebah basah, mereka tidak akan boleh melarikan diri dari situasi air apa pun yang mereka hadapi. 


Mereka boleh tenggelam dalam air, jadi kadang-kadang, salah satu cara untuk menghancurkan sarang lebah adalah dengan menyemburnya dengan air sabun.


Sumber: Animal quarters

Post a Comment

0 Comments