TAWAU: Seorang wanita hamil, manakala lima lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 45, Jalan Apas, berhampiran Kampung Nasib Kita, dekat sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.52 petang itu, Noor Aqila Ibrahim 27 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai perubatan.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata nahas membabitkan dua kereta Toyota Vios dan sebuah Proton Saga digunakan bagi khidmat e-hailing.
Menurutnya siasatan awal mendapati kemalangan apabila Toyota Vios biru dipandu suami mangsa, Wan Ramzi Wan Omar 27, dari arah Tawau menuju Semporna secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung Toyota Vios merah.
0 Comments