Perkongsian ini dikongsi oleh seorang Facebooker bernama Aiman yang dihubungi oleh salah seorang ibu saudara kepada mangsa yang maut itu, Aiman sehingga hari ni memperjuangkan nasib mangsa basikal lajak itu memberitahu banyak cerita yang dimomok oleh segelintir masyarakat ada yang mengatakan anak-anak itu elok mati, nanti dah besar jadi tak guna. Sebelum judge orang ini sedikit info siapa salah seorang yang maut dan kenapa mereka berada di luar rumah pukul 3 pagi.
Tulisan Aiman:
“
Hari ini saya dihubungi oleh ibu saudara salah seorang remaja yang maut dilanggar ahmoi itu.
Kita asyik dengar komen-komen dari Melayu perasan bagus dan geng-geng DAP tentang kejahatan remaja ini.
Hakikatnya, mereka tidak tahu pun latar belakang remaja yang terbunuh. Dituduh mereka sebagai samseng, sampah masyarakat dan pelbagai kejian.
Hari ini, seorang ibu saudara mangsa memberitahu salah seorang remaja itu adalah pelajar tahfiz yang mendapat didikan agama yang sempurna.
Menurut ibu saudaranya, remaja itu kali pertama keluar malam tanpa pengetahuan ibu bapa. Bukan dia seorang tapi beberapa remaja lain juga keluar malam untuk kali pertama.
Jika remaja tidak terbunuh akibat kecuaian atau mabuk atau kemurungan, dia mungkin bakal seorang hafiz dan pemimpin agama. Malang tidak berbau, kali pertama keluar malam / pagi dia terbunuh.
Saya tau apa yang geng-geng Melayu perasan bagus akan cakap bila baca kenyataan ini. Ramai antara mereka hati hitam dan akan terus berprasangka buruk.
Nak tanya geng-geng Melayu perasan bagus, anak-anak kalian ader tahfiz ke?
Dengan izin ibu saudara tersebut, saya kongsi sebahagian perbualan kami.
Semoga remaja-remaja yang terbunuh itu ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.
Alfatihah untuk semua remaja yang terbunuh.
Contoh komen tak guna dari netizen, sesuci sangatkah kita, melabel anak orang tapi takda rasa kesalahan langsung pada diri sendiri:
“
“
Perbezaan keadaan dua buah kereta yang menyebabkan kematian apabila berlanggar dengan basikal.
Memandu Perlahan |
Sam Ke Ting dikatakan bawa kereta perlahan?? |
Cukup ketara kesan kerosakan kereta ahmoi berbanding dengan kereta yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Masihkan anda percaya ahmoi ini tidak memandu laju dan melulu?
Jika anda masih percaya, sesungguhnya anda mempunyai masalah IQ.
“
Malam kejadian, di mana kedudukan basikal dan remaja ini selepas dilanggar ahmoi?
Cukup-cukuplah menuduh anak orang itu gini, kita tidak tahu lagi nasib kita macam mana, yang pergi kita redha lah setiap apa yang pasti ada hikmahnya, posting ini ditulis sebagai pengajaran dan juga meneliti sesuatu perkara.
Mari kita sedekahkan AlFatihah buat mereka yang dah pergi, ampunilah dosa mereka, mereka tidak minta perkara sebegini terjadi, tolong jangan lontar sesuatu perkara tanpa menjaga hati perasaan orang.
Kredit: Aiman
0 Comments