Kes Basikal Lajak: Pemandu Wanita Dibebas Dengan Jaminan Polis

Kes Basikal Lajak: Pemandu Wanita Dibebas Dengan Jaminan Polis

 


Pemandu wanita yang sebelum ini disabitkan bersalah menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak dilaporkan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini.


Memetik perkongsian ringkas dari Astro Awani, pemandu tersebut yang juga merupakan seorang kerani dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan didenda sebanyak RM6,000.


Difahamkan, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga sebulat suara membenarkan permohonan Sam untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.


Maklumat lanjut akan menyusul.

Post a Comment

0 Comments