Larangan Tidur Selepas Sahur, Ini Penjelasannya

Larangan Tidur Selepas Sahur, Ini Penjelasannya

 

Sebab dilarangnya tidur selepas bersahur adalah berbahayakan tubuh, waktu sahur sampai menjelang subuh ini adalah waktu-waktu yang penuh keberkahan, waktu doa yang mustajab dan Allah turunkan banyak rezeki. Foto ilustrasi


Dalam Islam, tidur selepas sahur dan solat subuh memang tidak digalakkan, bahkan beberapa ulama menghukumnya makruh (jika tidak ada uzur dan keperluan). Tambahan lagi selepas subuh itu merupakan waktu turunnya keberkahan dan rezeki , jika tidur maka tidak dapatlah keberkahan ini. 


Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berdoa kepada Allah untuk umatnya seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud : "Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya," (HR. Abu Dawud. Hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih wa Dha'if Sunan Abi Daud). 


Sebaiknya jangan tidur selepas subuh kerana waktu tersebut adalah waktu turunnya rezeki dan keberkahan. Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata, Tidur selepas subuh mencegah rezeki, kerana waktu subuh adalah waktu makhluk mencari rezeki mereka dan waktu dibahagikannya rezeki. Tidur selepas subuh adalah dilarang [makruh] kecuali ada penyebab atau keperluan. ( Zadul Ma ad fi Hadyi Khairil Ibaad 4/222).


Selain itu, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah juga menjelaskan, "Tidur selepas subuh sangat berbahaya bagi badan kerana melemahkan dan merosakkan badan disebabkan saki baki [metabolisme] seharusnya diregang dengan berjogging/beraktiviti,"( Zadul Ma ad fi Hadyi Khairil Ibaad 4/222). 


Sudut perubatan pun, tidur selepas subuh maupun selepas sahur juga tidak baik untuk kesihatan. Kerana masa itu adalah waktu untuk tubuh mula melakukan metabolisme dan pemanasan. Jika tertidur lagi maka ibarat kenderaan yang tidak melakukan pemanasan. Ketika bangun jam 7 atau jam 8 pagi terasa masih lemas dan kurang bersemangat. 


JIka biasa tidur selepas sahur ternyata boleh menyebabkan beberapa penyakit yang mengganggu kesihatan seperti, perut buncit dan berat badan naik. Hal ini kerana tubuh kehilangan waktunya untuk mencerna makanan yang masuk ke dalam badan dengan baik. Kesannya, perut akan membuncit dan kemungkinan berat badan akan naik.


Kerongkong terasa panas dan mulut terasa pahit. Ini berlaku kerana adanya proses penghadaman dalam perut, atau saat makanan yang seharusnya berada di perut, namun berbalik ke kerongkongan menyebabkan gastrik. Jika gastrik meningkat akan mengakibatkan panas di dada. Semasa tidur, tubuh dipaksa bekerja lebih keras untuk memproses makanan tadi. 


Di samping berisiko terkena penyakit perut penuh, tidur selepas sahur juga berisiko terkena stroke. Sebuah penelitian mengatakan, seseorang yang mempunyai waktu lebih panjang antara makan dan tidur, risiko terkena stroke adalah rendah. Hal tersebut bermaksud bilawaktu antara makan dan tidur lebih pendek, maka risiko terkena stroke lebih tinggi. 


Seperti yang telah dijelaskan di atas, larangan Rasulullah telah dibuktikan juga secara perubatan. Itulah alasan mengapa Rasulullah melarang umatnya untuk tidur selepas sahur, kerana jika kita tidur selepas sahur maka keberkahan di pagi hari akan hilang. kemudian pagi hari adalah waktu yang bagus untuk mencari dan menanam berbagai kebaikan. Larangan Rasulullah juga diakui oleh kajian perubatan yang mengatakan bahawa tidur selepas sahur dapat menyebabkan berbagai macam penyakit, seperti obesiti dan sebagainya. 


Untuk mengatasi tertidur selepas sahur maka pergunakanlah waktu selepas sahur sebaik mungkin. Usahakan untuk tidak makan terlalu berlebihan agar tidak menyebabkan badan cepat letih. kemudian gunakanlah waktu antara sahur menuju solat subuh dengan membaca Al-qur'an dan perbanyakkan berdzikir. Apabila terasa mengantuk maka berwudhulah kemudian jika sudah masuk waktu subuh segerakanlah solat. Jika ingin tidur selepas shubuh, maka tunggu sampai matahari terbit atau sekitar 2-3 jam selepas sahur.


Post a Comment

0 Comments