Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

 


Pengacara, pelakon & pelawak, Nabil Ahmad memberitahu yg dia pernah melakukan solat Qada 17 rakaat setiap hari sebelum menunaikan solat Subuh.


Menurut Nabil, solat 17 rakaat itu dilakukan bagi menggantikan 17 rakaat dalam solat lima waktu yg pernah ditinggalkan dahulu.


“Saya pernah memberitahu Ustaz Wadi yg saya qada solat yg pernah saya tinggalkan dahulu. Saya tunaikan sebanyak 17 rakaat kerana sehari kita wajib solat sebanyak 17 rakaat.


“Jadi, setiap hari, saya akan bangun tidur seawal 3.30 pagi utk menunaikan solat Qada berkenaan. Begitupun, ustaz nasihatkan saya utk tidak terus menerus begitu, sebab takut sekarang saya bersungguh tetapi bila dah penat saya akan tinggal.


Dia juga nasihatkan saya untuk buat sikit demi sikit tetapi istiqamah. Namun, untuk beristiqamah itu merupakan satu perkara yg paling susah nak capai. Hal ini kerana ada individu yg pada awalnya semangat, tetapi kemudian tinggal.


“Pengakhiran begitu yg saya tidak mahu… Sebab kita tidak tahu sampai bila umur kita & Allah akan jemput kita dalam keadaan yg bagaimana,” katanya.


Disebabkan mahu terus istiqamah, Nabil berkata, dia selalu berdoa agar dia sentiasa mendekatkan diri dengan orang berilmu.


Foto: Nabilzira Instagram


“Memang ketika kita menghadiri majlis ilmu atau ‘keluar’, kita yakin, tapi risau bila balik rumah saja, semuanya goyah,” katanya sambil memberitahu mahu merancang untuk menghadiri ilmu di Bangladesh, India & Pakistan.


Sumber: Gempak

Post a Comment

0 Comments