Pembeli Tegur Tahap Kebersihan Penjual, Letak Kuih Atas Lantai?

Pembeli Tegur Tahap Kebersihan Penjual, Letak Kuih Atas Lantai?

 



Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Sofea telah memuatnaik  videonya menyediakan kuih muih untuk dijual sempena bulan Ramadhan ini. Namun, warga net berasa terganggu dengan cara penyediaan kuih tersebut. 


Kuih yang telah siap dimasak diletakkan di atas lantai sebelum di bungkus untuk di jual. Malahan penjual juga tidak mengikat rambut atau menutup kepala. 


VIDEO: 


@sofie250386

♬ Dj Aku Kecapean Cari Uang - DJ Mbon Mbon


Warganet turut berkongsi pandangan mereka di ruang komen 


Dia hantar kuih kat mana weh? Kembang tekak aku - yanie


Cara buat 100% salah ini kan pulak nak  order- nurul


Dari masak sampai bungkus aku tengok berseluar pendek memanjang. Was2 cara penyediaan tu - Bethoney


Kenapa tak buat atas meja ye? Untung bukan disini- huda


Namun, ada warganet mengatakan Sofea telah membentangkan lapik plastik sebelum meletakkan kuih tersebut di lantai. Tetapi tidak terlihat jelas ketika di dalam video. 


Walau bagaimanapun, warganet turut mendoakannya semoga murah rezeki. Kejadian ini berlaku di negara seberang Indonesia.


Post a Comment

0 Comments