TERKINI: Yasin Sulaiman berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman sampai mati selepas ditahan atas menanam pokok ganja di rumahnya di Damansara |
Pada 24 Mac lalu penyanyi terkenal Yasin Sulaiman diberkas sepasukan polis selepas mendapat laporan tertuduh menanam pokok ganja di rumahnya di Damansara.
Oleh itu, Yasin dituduh di bawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati.
Kirim salam YB Syed Sadiq
Semalam 31 Mac Yasin yang tiba di mahkamah pada jam 10 pagi berjalan seperti biasa sempat meninggalkan pesanan kepada media ' Kirim salam YB Syed Sadiq ', ia bermakna YB Syed Sadiq sememangnya dalam usaha atau langkah memperketengahkan penggunaan hem dalam perubatan negara. Oleh yang demikian penyanyi terkenal itu berharap dewan parlimen menyokong penggunaan hem/daun ganja itu sebagai perubatan.
Netizen pertikai kenapa 50 pasu pokok ganja anak taikun tidak mendapat hukuman setimpal?
Sementara itu terlihat peminat Yasin melontarkan komen-komen di media sosial berkenaan seorang anak taikun iaitu anak kenamaan VVIP Tan Sri Vincent Tan yang dulu pernah dikaitkan dengan penanaman pokok ganja, bahkan lebih banyak daripada yang ditanam penyanyi itu.
Adalah sangat tidak adil golongan bawahan dikenakan tindakan berat, katanya.
Oleh itu, segelintir atau peminat setia Yasin berharap kerajaan mengkaji semula isu ini, dan mendapatkan idea-idea dari pakar perubatan yang sedia ada bagaimana penggunaan hem atau daun ganja ini boleh digunakan dalam industri perubatan seperti menyembuhkan kanser atau barah.
Daripada kes tersebut, anak kenamaan itu terlepas dari hukuman gantung sampai mati.
Berita seterusnya
PETALING JAYA: Bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.
Mengikut pertuduhan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati .
Sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Sementara itu, Yasin juga mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen.
Tertuduh didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin.
Tertuduh sebelum ini ditahan polis bersama 17 pasu pokok ganja yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam serbuan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya, Khamis lalu.
Polis turut merampas ketulan mampat ganja seberat 214 gram.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap artis itu didapati positif dadah jenis THC (ganja).
Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri selain telah terlibat dengan penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.
Kebun ganja dalam rumah penyanyi nasyid
Polis juga tidak menolak kemungkinan bekas penyanyi nasyid dan komposer itu mendapatkan bekalan benih secara dalam talian.
Artis berdarah kacukan Melayu dan Australia ini popular sekitar tahun 2000 melalui lagu berentak "world music".
Kerjaya seninya bermula menerusi penampilan dalam kumpulan nasyid Brothers sejak tahun 1995.
Namun lagu solo "Mimpi Laila" telah menjulang namanya apabila dia memenangi gelaran juara keseluruhan di satu majlis anugerah lagu anjuran sebuah stesen televisyen swasta pada 2001.
Yasin pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Pada 2009, Yasin mendedahkan dia mengalami gangguan bipolar dan pernah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Kredit: Awani
0 Comments