Beberapa negara berhutang dengan China dengan jumlah yang banyak sehinggakan memberi kesan pada kedaulatan negara |
Beberapa negara mencatatkan memiliki hutang yang cukup besar nilainya kepada negara China. Tambahan, ada negara yang nilai pinjamannya hampir mencapai 25% produk domestik bruto (PDB). PDB bermaksud jumlah nilai pasaran barangan dan harta yang dihasilkan oleh sesuatu negara mengikut per tahun mencukupi semua sektor kerajaan ataupun swasta.
Negara yang berhutang kepada China satu persatu muncul akibat perbelanjaan melebih pendapatan, bermula dari negara-negara yang terletak di Afrika, Asia dan Pasifik. Banyak negara yang berasa terperangkap hutang dengan negara China. Berikut senarai dan beberapa negara yang berhutang kepada China:
1. Maldives
Maldives atau Maladewa adalah negara kepulauan di Samudera India yang menjadi salah satu negara yang berhutang dengan China. Ketua Majelis Rakyat (Parlemen Maladewa) dan mantan Presiden Mohamed Nasheed mengatakan pada Desember 2019 bahawa Maldives berhutang kepada China sebanyak USD3.5 juta (sekitar RM14.9 Juta) dalam bentuk pinjaman, termasuk USD1.5 juta dalam bentuk pinjaman antara pemerintah, pinjaman swasta, dan jaminan negara.
Nasheed mengatakan bahawa dengan bebanan hutang kepada China menjadi masalah ekonomi dan hak asasi manusia, serta masalah kedaulatan dan kebebasan bagi negara kepulauan itu. Menurutnya, dengan pembiayaan projek yang meningkat, nilai hutang di atas kertas jauh lebih besar daripada USD1.1 juta yang telah diterima negara itu.
2. Pakistan
Negara ini juga berhutang kepada China iaitu Pakistan. Sedia maklum, Pakistan telah menerima USD42.7 juta (sekitar RM180 Juta) dalam bentuk bantuan sejak 1980, di mana USD33.4 juta adalah pinjaman dan USD9.3 juta adalah hibah.
Menurut data bank negara tersebut, hutang Pakistan kepada China adalah USD7.2 juta pada tahun 2017; lalu meningkat menjadi USD19 juta pada April 2018 dan USD30 juta pada 2020. Hutang bertambah akibat pinjaman untuk mendanai projek Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).
The New York Times melaporkan pelaburan satu pintu yang muncul pada Desember 2018, adalah perangkap hutang yang tidak diatur dengan baik. Pakar mengirakan bahawa Pakistan memerlukan hampir 40 tahun untuk membayar balik hutangnya kepada China.
Sejumlah pakar juga mengatakan bahwa CPEC menempatkan kepentingan Pakistan di bawah kepentingan China, dan kebergantungan ekonomi Pakistan semakin meningkat pada China dan memberi ancaman kepada kedaulatan negara tersebut.
China dan Pakistan juga menandatangani perjanjian pada 2017 untuk membangunkan lima projek pembangunan tenaga elektrik dan air, dan China melaburkan dana sebesar USD50 juta.
Menurut Hassan Abbas, seorang sarjana Pakistan-Amerika dalam study Asia Selatan dan Timur Tengah, tertangguhnya projek kemungkinan akan meningkatkan pembiayaan hingga USD98 juta. Dengan kenaikan bunga hampir USD5 juta per tahun, Pakistan harus membayar hampir USD200 juta selama 20 tahun kepada China.
Pakar berpendapat bahawa hutang tersebut dapat memberikan pengaruh kepada China dalam urusan dalaman Pakistan. Bahagian daripada perjanjian itu dibatalkan oleh Pakistan pada akhir 2017 kerana keberatan dengan syaratnya.
3. Tajikistan
Tajikistan juga merupakan salah satu negara yang berhutang kepada China. Sebanyak 77% daripada jumlah portfolio pinjaman Tajikistan terdiri pinjaman daripada China. Pada tahun 2011, parlimen Tajikistan setuju untuk menyerahkan sekitar 1.000 km2 tanah ke China dengan pajakan pembebasan hutang yang belum dibayar sebanyak ratusan juta dolar. (info 1.000km2 luas negara Singapore tambah negeri Melaka tanah yang perlu diberi Tajikistan kepada China).
Hutang Tajikistan pada tahun 2018 kepada pemiutang kira-kira mencapai USD2.9 juta, di antaranya USD1.2 juta merupakan hutang kepada Bank Exim (Eksport-Import) China. Tahun itu, data menunjukkan bahwa TBEA yang berpengkalan di Xinjiang diberikan konsesi tambang emas sebagai pajakan atas pembiayaan perusahaan untuk membangunkan pembangunan elektrik 400 megawatt (MW) di Dushanbe.
Pada akhir tahun 2020, jumlah hutang luar negeri Tajikistan mendekati USD3.1 juta; dari jumlah ini, USD1.12 juta atau sekitar 37% dari jumlahnya berhutang kepada Exim Bank of China.
4. Sejumlah negara di Afrika
Sejumlah negara di Afrika juga berhutang kepada China. Negara-negara tersebut meningkatkan pinjaman mereka dari China antara tahun 2000 dan 2014 (dengan jumlah bernilai USD94.5 juta atau sekitar RM400 juta di saat mereka berusaha untuk mengakhiri kebergantungan pada IMF dan Bank Dunia, yang menuntut pembebasan diri sebagai pajakan atas pinjaman.
China adalah pengaruh untuk kepentingan projek utama dalam ekonomi banyak negara Afrika, yang secara signifikan mempengaruhi banyak urusan di benua tersebut. Hasil penelitian yang dilakukan bahagian dari Kampanye Utang Jubilee pada Oktober 2018, hutang Afrika kepada China naik dari USD10 juta pada 2010 menjadi lebih dari USD30 juta pada 2016.
Pada tahun 2020, negara-negara Afrika yang berhutang kepada China antara yang banyak adalah Angola (USD25 juta), Ethiopia (USD13.5 juta), Zambia (USD7.4 juta), Republik Kongo (USD7.3 juta), dan Sudan (USD6.4 juta). Jumlah sebanyak USD143 juta untuk pemerintah Afrika dan perusahaan milik negara itu antara tahun 2000 dan 2017.
5. Negara-negara lainnya
Selain dari negara-negara di atas, China juga telah memberikan pinjaman kepada Kyrgystan, Laos dan Mongolia. Negara itu juga memberikan pinjaman sebanyak USD115 juta ke Tonga untuk membangunkan kembali infrastrukturnya, dan USD2 juta pinjaman ke Papua New Guinea (yang nilainya hampir satu per empat dari hutang negara itu).
Selain itu, China juga memiliki projek yang sedang berjalan di Trinidad dan Tobago, termasuk tempat kapal dibina yang dibangunkan China bernilai USD500 juta dan kawasan industri bernilai USD102 juta di La Brea.
0 Comments