Wave for #justiceforbella sekarang nampaknya sedang bergelora, kebalkah anda dikelilingi lawyer-lawyer kononnya hebat, biar satu malaysia tahu perbuatan keji anda.
Sebenarnya, cerita Bella ni dah lama nak ditegakkan nak bela adik Bella ni, tapi yelah masa tu mungkin belum viral lagi, jadi kuncu-kuncu rumah Bonda ni boleh la tarik nafas lega, jadi sekarang siap la jentera anda.
Seorang peguam dikenali Aliff Ahmad di facebooknya sudah lama berjuang untuk adik Bella ni tapi ramai yang tak tahu lagi. Dari posting beliau pada 18/7/2021 seorang pelakon Betty Banafe juga pernah bersama remaja-remaja bekas penghuni rumah bonda yang pernah dizalimi membuat laporan polis, tapi isu ni tak bangkit hanya setakat itu je.
Tulisan posting tersebut:
KEBALKAH ANDA?
Walaupun ramai pejuang-pejuang yang membela Bella telah mendapat ancaman laporan polis, ugutan nak saman dan diganggu loyar cabok baru habis chambering.
Pejuang-pejuang yang ikhlas ini tidak gentar. Tidak takut dan takkan mengundur. Mereka juga rela mengambil apa-apa risiko demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
Baru tadi, Betty Banafe menemani adik-adik yang tampil dan bangkit untuk membuat laporan polis terhadap rumah perlindungan tersebut. Kisah mereka sangat tragis dan menyayat hati. Dibuat seperti orang gaji tanpa gaji. Disuruhnya mencuci seluar dalam bersaiz XXXXXL.
Gila! Memang gila!
Ikuti rumusan daripada Betty di bawah..
#JusticeForBella
#Justice4Bella
Kita lawan!
kredit: Peguam Aliff Ahmad
0 Comments