(Video) - Teruja Mod Teknologi Tinggi Tolong Parkingkan Kereta

(Video) - Teruja Mod Teknologi Tinggi Tolong Parkingkan Kereta

 


Pengeluaran terbaharu jenama kereta Proton X50 baru-baru ini telah meraih perhatian ramai. Rekaan dalaman dan luarannya nampak cukup kemas dan menarik sekali. Ditambah pula dengan teknologi yang moden membuatkan ramai yang teringin untuk memiliki kenderaan ini.


Terbaru, satu video seorang wanita yang mencuba pandu uji Proton X50 pula menjadi perhatian ramai. Manakan tidak, menerusi video tersebut wanita itu menunjukkan Proton X50 masuk parking sendiri menjadikan ia antara kenderaan yang lengkap dengan teknologi sebegini.


Dalam rakaman pendek itu wanita tersebut berkongsikan bagaimana menggunakan teknologi masuk parking secara automatik dengan cara yang cukup mudah sekali. Berikut adalah video Proton X50 masuk parking sendiri yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.


Dalam pada itu, menjengah ke ruang komen ramai beri pelbagai reaksi atau pandangan 


“Bab bagi signal tuh rakyat Malaysia mungkin ada problem nanti”




“Takda ke button keluar parking sendiri bila kena double park?”




“We need auto bagi signal…Sebab orang Malaysia ni malas nak bagi signal…Harap kuar la nanti”




Post a Comment

0 Comments