THANG Pui Ling dituduh membunuh anak perempuannya berusia dua tahun pada 9 Mac lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini. |
THANG Pui Ling dituduh membunuh anak perempuannya berusia dua tahun pada 9 Mac lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini. |
Tertuduh Thang Pui Ling, 33, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim K. Rajeswari.
Mengikut pertuduhan, Pui Ling didakwa membunuh Heng Jing Yi, 2, pada pukul 2 pagi di 202, Lorong 17, Taman Seri Iskandar, Hutan Melintang pada 9 Mac lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mei ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien.
Semalam media melaporkan seorang ibu mendera anak perempuannya dua bulan sehingga mati kerana tidak tahan mendengar kanak-kanak tersebut menangis.
Pemeriksaan doktor mendapati terdapat beberapa kesan gigitan, lebam dan kecederaan termasuk luka di hidung, dagu dan cuping telinga kanan selain luka di belakang telinga kiri dan belakang kepala.
Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta luka koyakkan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri.
"Wanita itu menghantar anak kandungnya untuk mendapatkan rawatan selepas didakwa sesak nafas pada 2.30 pagi, 9 Mac lalu sebelum doktor mengesahkan bayi itu sudah tidak bernafas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, selain itu ada kesan luka besar pada lengan kanan dan kesan luka di jari kelingking serta telunjuk tangan kiri selain ada kesan luka koyakan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri mangsa.
"Selain itu ada kesan gigitan berdekatan bahu lengan kiri, kesan parut sebelah kiri kaki, lebam di bawah lutut kiri, lebam di belikat kanan, dan ada beberapa lebam di seluruh belakang kanak-kanak berkenaan.
"Bedah siasat dilakukan di Bahagian Forensik Hospital Teluk Intan pada 10 Mac lalu mendapati sebab kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian dada," katanya.
Ahmad Adnan berkata, punca suspek mendera hingga menyebabkan kematian anak kandungnya itu adalah disebabkan tertekan kerana anaknya sering menangis dan tidak selesa dengan suspek.
Beliau berkata, bayi itu dijaga pengasuh sejak Jun 2020 dan suspek mengambil semula anak ketiga daripada empat beradik itu untuk dijaga pada Jun 2021.
Menurutnya, mangsa dikatakan sentiasa menangis dan tidak selesa dengannya menyebabkan wanita itu yang tidak bekerja sering mendera mangsa.
Sumber: Utusan
0 Comments