Hari ini Ustaz Kazim Elias telah memuat naik sekeping gambar berkaitan sihir yang dihantar kepada ustaz menyebabkan kulit tangannya mempunyai tompok-tompok hitam menggerutu.
Posting itu telah mendapat perhatian netizen yang berasa simpati dengan ustaz . Pelakon kacak Aeril Zafrel turut meninggalkan komen yang membuatkan dia menerima kecaman yang teruk daripada netizen.
" shooting kan ni ustaz?"
Netizen menuduh Aeril tidak sensitif dengan penyakit ustaz, malahan mustahil ustaz akan menjadi pelakon. Namun ibarat kata pujangga kebenaran itu pahit, setelah Ustaz Kazem menjelaskan beliau memang sakit tetapi dalam gambar tersebut telah ditambah dengan kesan make-up supaya menampakkan luka tersebut lebih jelas dan menyakitkan.
Aeril turut membalas cacian netizen dengan memuatnaik status berbunyi
"tadi ada tanya Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias sebab tangan dia tu. iya memang saya tahu ustaz tengah sakit kena buatan org sekarang ni. tapi gambar yg ustaz upload berdasarkan pemerhatian saya nampak mcm makeup effect. tapi tulah . org kita ni pun , sy tanya je. dah berbakul kena maki😅😅" .
Harap selepas ini netizen berhati-hati dalam menulis komen di media sosial. Komen anda adalah tanggungjawab anda dan mencerminkan mentaliti anda.
0 Comments