Kes pembantu kedai yang membuang patung dewa Ganesh baru-baru ini merupakan individu bukan beragama Islam. Jadi apakah motif beliau dengan berpakaian seperti orang Islam?
Menurut ustaz Firdaus Wong, jikalau memang beliau seorang Muslim, maka perbuatannya salah. Jikalau beliau bukan Muslim tetapi berpakaian seperti seorang Muslim untuk melakukan kejahatannya itu, maka niatnya sangat jahat.
Seperkara yang menarik adalah agama pelaku ini tidak disebut sebagaimana kebiasaan jikalau pelakunya adalah seorang Muslim, maka akan disebut agama Islam & Muslim di dalam artikel.
Apabila video tersebut tular, ramai yang telah memaki hamun Islam & Muslim. Apakah mereka akan meminta maaf atau buat-buat lupa dan life goes on?
Adakah beliau sengaja menimbulkan kebencian terhadap agama Islam? Sedangkan orang Islam sendiri diajar untuk menghormati agama lain.
Sebelum ini tular rakaman video seorang pembantu kedai makan bernama Gabriele Jungkak melakukan perbuatan khianat membuang patung hiasan milik individu lain di Taman Scientex Senai dekat sini pada 15 Mei lalu.
Gabriele Jungkak Anak Steward turut dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh berusia 23 tahun itu telah mengambil patung hiasan bernilai RM25 yang bersambung dengan air pancutan sehingga tercabut dan rosak sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun dengan denda atau kedua-duanya.
Dalam rayuannya, Gabriele Jungkak memberitahu dia berbuat demikian kerana mendakwa patung itu telah menganggunya ketika melalui kawasan berkenaan.
Tertuduh turut mengaku pernah membuang dan membakar patung-patung hiasan lain di lokasi dan pada waktu berlainan.
0 Comments