Dua Tahun Tak Beraya Kerana Covid, Kali Ni Ibu Pula Dibunuh Ayah

Dua Tahun Tak Beraya Kerana Covid, Kali Ni Ibu Pula Dibunuh Ayah

 


Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan bnuh isteri sendiri sehari sebelum aidilfitri. 


Mohd Syawalludin Ismail 38, dituduh memukul Siti Nadirah Mohd Nazul 28, hingga maut di kediaman mereka di Taman Koperasi Maju Jaya Cheras. Tindakan itu dilakukan Syawalludin selepas berang dengan isterinya yang memuat naik di media sosial tentang kecurangannya.


Syawalludin didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.




Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri kira-kira jam 9.16 pagi itu, pihaknya menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Kajang yang memaklumkan seorang wanita berusia 28 tahun dibawa suaminya ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.


Menurut beliau, pemeriksaan luaran mendapati terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan mangsa dan pegawai perubatan yang juga pengadu mendapati kematian wanita tersebut mencurigakan.


"Hasil bedah siasat yang dijalankan kira-kira dua jam kemudian mendapati punca kematian disebabkan kecederaan abdomen yang disebabkan senjata tumpul.
"Kita percaya mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.



Post a Comment

0 Comments