Eira Shazira Terkejut Nabila Singkirkan Renggo Arrow dalam I Can See You Voice

Eira Shazira Terkejut Nabila Singkirkan Renggo Arrow dalam I Can See You Voice

 


I Can See Your Voice  Malaysia (ICSYVM)  merupakan sebuah program hiburan berformat dari Korea Selatan. Di dalam setiap episod, 6 penyanyi misteri akan dipersembahkan di hadapan penyanyi jemputan dan beliau perlu menyingkirkan penyamar di kalangan penyanyi sebenar tanpa mendengar suara penyanyi tersebut. 


Terdapat 4 pusingan untuk penyanyi jemputan meneka siapakah penyamar tersebut dengan bantuan barisan panel penyiasat. 


Dalam satu episod ICSYVM  yang menampilkan penyanyi jemputan Nabila Razali dan MK  K-Clique sebagai penyiasat untuk meneka siapakah penyamar dalam kalangan peserta? 


Dalam satu pusingan, Eira Shazira menyakinkan Nabila  bahawa Renggo adalah artis dan mempunyai suara yang sangat merdu pada tahun 90an. Namun ketika sesi penyingkiran, Nabila membuat keputusan memilih Renggo sebagai penyamar dan menyebabkan artis tahun 90an tersebut tersingkir.  


Ditambah pula komen para juri menyatakan Renggo adalah penyamar berdasarkan gerak badan dan suara yang dikatakan bukan miliknya. 


Ketika Reggo menyanyi di pentas penentuan, penyanyi jemputan dan juri terkejut dan tergamam mendengar suara Renggo yang masih lagi 'berbisa' seperti dulu. 


Renggo merupakan kumpulan Arrow pada tahun 90an yang sangat popular dengan lagu Niat dihati taknak berpisah, Aku tak marah, Sendu dihati rindu dijiwaku dan banyak lagi. 


Diakhir rancangan, jika peserta yang terselamat merupakan penyamar (bersuara sumbang) akan memenangi wang tunai RM3000 ringgit manakala jika penyanyi  sebenar maka mereka berpeluang menjadi artis rakaman. 


Kini Renggo meneruskan kerjayanya sebagai penebar roti canai sambil menyanyi menghiburkan pelanggan yang datang ke gerainya.


VIDEO

Post a Comment

0 Comments