Lelaki Sebak Orang Bangladesh Sanggup Jalan Kaki Ke Masjid Jarak Sejam Di Bawah Panas Terik Semata-mata Nak Solat Jumaat

Lelaki Sebak Orang Bangladesh Sanggup Jalan Kaki Ke Masjid Jarak Sejam Di Bawah Panas Terik Semata-mata Nak Solat Jumaat

 


Biasa tak korang terserempak dengan  pekerja asing dari Bangladesh jalan kaki ke masjid untuk solat Jumaat.  Walaupun jarak yang jauh apatah lagi Solat Jumaat dilaksanakan pada waktu tengah hari, tidak memamtahkan semangat mereka untuk menunaikan ibadat tersebut. 


Begitulah pengalaman yang diceritakan oleh seorang lelaki  yang bernama Azuan Mak. 


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. 


Dalam perjalanan pulang aku dari batu Gajah ke Ipoh melalui jalan Kelly castle.pada mula aku ternampak 4 orang Bangladesh sedang berjalan berpeluh² dalam keadaan panas terik menuju ke masjid kg pengkalan baru Gopeng rasa klu jalan kaki mengambil masa dalam sejam juga la..pada mula aku nk berhenti untuk tumpang kn mereka sbb kerja masa pulang ke Ipoh. Tp hati aku terdetik sgt nk bantu mereka bawa ke masjid.sampai je simpang taman herba Gopeng aku terus patah semula ke Kelly Castle mencari mereka untuk aku tumpang mereka bawa ke masjid bagi mereka nk tunaikan solat jumaat. Sungguh kuat dan sanggup mereka meredah panas terik demi agama Islam tercinta. .


Bila aku dah dapat tumpang mereka dalam 2727 walaupun barang kerja Penuh dlm 2727 ni. menitis air mata Kerna mereka sanggup berjalan kaki ke masjid.alhamdulilah gembira hati ni ,hajat aku dpt juga bawa mereka ke masjid ..Aku pun mohon maaf pada mereka sebagai orang Islam aku patut bantu dari awal perjalanan tadi masa mula-mula nampak.


Alhamdulillah sampai di perkarangan masjid mereka mengucapkan terima kasih dan muka gembira. ....


Nak buat baik bukan susah pun asalkan niat kita tu je..


Mereka sanggup berpanas terik matahari berjalan kaki demi solat jumaat.

Mulia sungguh mereka

Semoga Allah merahmati dan memberkati mereka ini..

Bangladesh ke apa ke janji dia orang dan manusia.hidup kena tolong menolong


Rakyat Malaysia sememangnya baik dan berbudi bahasa. Diharapkan ramai lagi yang membantu saudara seislam kita dengan tujuan ibadah. Semoga beroleh ganjaran disisi Allah. Aminn

Post a Comment

0 Comments