Beliau dituduh mencederakan abang kandungnya Mohd Farul Sarip (38) sehingga mendapat kecederaan parah dengan menggunakan pisau pemotong ayam. Walau bagaimanapun, Nabil mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.
Bagi kesalah itu, tertuduh dikawa dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 326 (A) Kanun sama. Sabit kesalahan tertuduh yang bekerja sebagai pembantu di pusat bowling dikenakan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Mahkamah membenarkan Nabil diikat jamin sebanyak RM7500 dengan seorang penjamin dengan syarat dilarang berkomunikasi dan mengganggu mangsa dengan apa jua cara.
0 Comments