Mangsa, Muhammad Fahil Finaz Nor Azuan ditemui ibunya jam 10.40 malam selepas mendapati mangsa tiada di dalam bilik bersama bapa dan kakaknya berusia tiga tahun.
Bapa mangsa, Nor Azuan Azali, 33, berkata, isteri menyangka anaknya itu berada bersamanya di bilik tetapi hairan kerana tidak mendengar suara anak lelakinya itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan kepala dan separuh badannya dalam baldi berisi air di bawah sinki.
"Saya dan isteri cuba memberikan bantuan pernafasan namun gagal, lalu membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun, doktor mengesahkan anak bongsu saya itu meninggal dunia dan mayatnya diserahkan ke Unit Forensik untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di HTAN di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Baldi yang menyebabkan bayi lelaki berusia 1 tahun 4 bulan lemas di dapur rumahnya di Bukit Gombang, Batu Kikir, di sini. - Foto Sinar Harian |
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Fahrul Firnas Nor Azuan, 1 tahun 4 bulan, disahkan meninggal dunia kira-kira 11.45 malam selepas dibawa ke Hospital Kuala Pilah, di sini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata, kejadian itu disedari bapanya yang mendapati anaknya berada di dalam baldi.
Katanya, ketika kejadian bapa berusia 32 tahun dan isterinya serta tiga orang anak iaitu anak lelaki berusia 8 tahun, anak perempuan berusia 3 tahun dan mangsa berada di rumah.
“Siasatan awal kita mendapati sebelum kejadian mangsa bersama kakaknya yang berusia tiga tahun bermain di dalam bilik.
“Si kakak telah keluar rumah dan pergi ke ibunya. Ibu bertanya mana adik dan kakak menjawab adik berada di bilik dengan ayah,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, selepas 10 minit kemudian, ibu mangsa berasa curiga apabila tidak mendengar suara bayinya itu lalu masuk ke dalam rumah dan bilik untuk melihat anaknya.
“Ibu mangsa dapati hanya suaminya sahaja berada di dalam bilik dan segera mencari di dapur sebelum melihat bayinya berada di dalam baldi dalam keadaan kepala tertonggeng di dalam baldi berisi air.
“Bapa mangsa segera mengangkat bayinya keluar dari baldi dan cuba memberi bantuan pernafasan tetapi gagal. Mereka segera membawa anaknya ke Hospital Kuala Pilah dan disahkan telah meninggal dunia,” katanya.
Noorzainy berkata, menurut bapa mangsa, baldi yang berisi air itu dijadikan stok simpanan air berikutan dijangka berlaku gangguan bekalan air dalam masa terdekat.
“Laporan bedah siasat dijalankan hari ini dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
0 Comments