Generasi yang lahir 2000 an mungkin tidak mengenali kumpulan lagenda ini iaitu Alleycats, popular dengan lagu kebanyakan lirik melayu ini membuka mata peminatnya ketika itu.
Alleycats pada asalnya mempunyai dua orang vokalis utama Dato David Arumugam dan juga adiknya Dato Loganathan Arumugam. Namun pada 4 Jun 2007 Loga akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada itu usia 53 tahun. Loga meninggal dunia akibat derita penyakit kanser paru-paru yang dialaminya. Oleh kerana mengenang jasa mendiang Loga beliau dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang selepas kematiannya iaitu pada 28 Oktober 2008.
Loga juga berbakat memainkan percussion dan tambourine instrumen |
Ahli-ahli Alleycats
David Arumugam (vokal)
Shanmugam (gitar)
Chester Anthony Passerella (saksofon)
Khoo Fook Sin (papan nada)
Tan Chin Hock (dram)
Ahli sudah meninggal
Loganathan Arumugam (vokal, seruling dan instrumen lain)
Grenville (papan nada)
Frank Ong (Bass)
Kumpulan Alleycats |
Kini tinggal Dato David Arumugam yang sahaja aktif dalam Alleycats berbanding ahli lain, atas permintaan peminat yang ramai, Dato David sangat berbesar hati menerima panggilan untuk menunaikan hajat peminat meski usia mencecah 72 tahun.
“
Berlinangan air mata juga bila menyanyikan lagu Alleycats teringat mendiang Loga. - Dato David Arumugam
"Senandung Semalam"
Lagu yang popular pernah dinyanyikan oleh Dato Loga Arumugam "Jika Kau Bercinta Lagi"
Kumpulan Alleycats pernah membuat persembahan di kelab Mocambo di Hong Kong pada tahun 1976. Sepatutnya kontrak persembahan mereka hanya selama tiga tahun tetapi atas sambutan meriah, pendiaman mereka di wilayah tersebut dipanjangkan menjadi tiga tahun dan mereka juga meraih perhatian melalui persembahan televisyen. Setelah itu, mereka berpindah ke Singapura setelah menerima tawaran merakam album.
Di Singapura, album bahasa Melayu pertama mereka Terima Kasih diterbitkan pada tahun 1978, menonjolkan dua vokalis adik beradik kelahiran Pulau Pinang ini dengan stail rambut Afro mereka. Untuk album pertama kebanyakan lagu yang terkandung dalam album ini adalah lagu saduran kecuali lagu Senandung Semalam. Kedua-dua adik-beradik itu, David dan Loganathan Arumugam merupakan pengasas kumpulan Alleycats.
Album ketiga mereka Dapatkah menyaksikan bermulanya sumbangan lagu-lagu ciptaan mereka ke dalam album termasuk lirik yang mereka tulis sendiri (mungkin dengan sedikit bantuan M. Nasir) iaitu Ka Pulau Permai, Kisah Semalam dan Sejak Ketiadaanmu.
Album keempat Alleycats 4 melonjakkan nama Alleycats ke antara mercu teratas pesada muzik tempatan pada awal 1980-an sebaris dengan artis-artis berkumpulan seperti Black Dog Bone, Carefree, Sweet Charity, Blues Gang dan banyak lagi.
Dengan kemunculan album Kuching Alleycats menempatkan diri mereka di tangga teratas di kalangan artis vokal berkumpulan ketika itu. Pada sekitar tahun 1984, mereka melahirkan sebuah album konsep eksperementasi iaitu Drama Kehidupan yang menyimpang daripada tema cinta seperti yang terkandung di dalam album-album mereka sebelum ini. Biarpun begitu, album ini tidak begitu berjaya menonjolkan lagu-lagu "hits" seperti album-album sebelumnya. Alleycats kembali menerapkan tema asal mereka dalam album Kerana.
Alleycats sedikit terjejas daripada segi penjualan album setelah M. Nasir meninggalkan Polygram dan tidak lagi menyumbangkan lagu ciptaan beliau kepada kumpulan muzik ini. Biarpun begitu, Alleycats terus bertahan dalam industri rakaman tempatan dengan menghasilkan album setiap tahun sehingga memasuki tahun-tahun 1990-an apabila terpaksa bersaing dengan kumpulan-kumpulan muzik rock yang penuh bertenaga seperti Search, Lefthanded, Wings dan lain-lainnya yang kelihatan merampas kedudukan mereka di pesada teratas industri muzik tempatan.
Pada tahun 1992, Alleycats melahirkan album studio berkonsepkan rock sepenuhnya iaitu Untukmu, namun album ini tidak diterbitkan oleh penerbit biasa mereka Eric Yeoh. Eric kembali buat kali terakhir menerbitkan album Alleycats iaitu Kucing Lorong pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Alleycats melahirkan sebuah album "tribute" dengan merakamkan semula lagu-lagu hits artis-artis tempatan, Singapura dan Indonesia yang popular sejak tahun-tahun 60-an hingga 80-an dengan cara mereka yang tersendiri, dan sesuai dengan usaha mereka tersebut, album ini diberi tajuk Interpretasi.
M. Nasir kembali menyumbang lagu-lagu ciptaannya dalam album Alleycats 2001, sekaligus bertindak selaku penerbit apabila Polygram diambil alih oleh Universal Music. Nasir dikahabarkan kini (2015) sediang giat mengusahakan penerbitan album studio terbaru Alleycats.
Kewujudan kumpulan ini dianggap penting kepada industri muzik Malaysia ketika itu. Sehingga hari ini mereka masih dianggap salah sebuah kumpulan muzik teragung dalam sejarah muzik Malaysia. Sungguhpun banyak mengalami perubahan dalam ahli-ahli hingga kini, namun mereka masih giat merakam dan membuat persembahan.
Album
- Terima Kasih (1979)
- Penyanyi (1979)
- Dapatkah (1980)
- Alleycats 4 (1981)
- Kuching (1981)
- Alleycats 6 (1982)
- Alleycats 7 (1983)
- Drama Kehidupan (1984)
- Kerana (1984)
- Suara Kekasih (1985)
- Sampaikan Salam (1986)
- Alleycats 12 (1986)
- Aku Kerinduan (1987)
- Suatu Pengertian (1988)
- Dilema Sekuntum Cinta (1989)
- Tetap Merindu (1989)
- C.I.N.T.A (1990)
- Selagi Tangis Belum Berhenti (1991)
- Untukmu (1992)
- Alleycats 20 (1993)
- Alleycats 21 (1996)
- Alleycats 22 (1997)
- Kucing Lorong (1998)
- Alleycats 2001 (2001)
- Interpretasi (2002)
- Tangga Tangga Ke Pintu Bahagia (2004)
- Rasa (2006)
- Ulangtahun ke 40 - Kompilasi (2008)
0 Comments