Siwan India: Pelampau Hindu yang digelar Hindutva hari ini bertindak mengeelar leher seorang imam masjid ketika tidur terus mencetuskan masalah perkauman di sana.
Mangsa bernama Muhammad Safi mauut apabila puak pelampau datang ke kamarnya dan bertindak mengeelar dan menyeembelih lehernya dengan pisau, kejadian itu dikatakan berlaku pada subuh 10 Jun lalu.
Imam tersebut ditemukan mauut dengan berlumuran darah ketika orang ramai datang ke Masjid Khalispur bagi melakukan kerja pembersihan.
Susulan kejadian itu, media sosial Twitter dibanjiri tanda pagar #JusticeForSiwanMaulvi, #HindusTerrorism dan #India yang menuntut satu penyiasatan adil terhadap pembunuuhan imam tersebut.
Sehingga kini, suspek belum ditangkap oleh pihak polis.
Gambar imam tersebut turut tersebar dan memenuhi ruangan media sosial di India serta negara Islam lain kerana mencetuskan kemarahan ramai.
“Sampai bila umat Islam perlu berdiam diri semasa dibunuuh? Umat islam perlu mempertahankan diri mereka di India.
“Mereka perlu menubuhkan pasukan polis dan tentera sendiri kerana polis di India gagal melindungi mereka,” tulis seorang pempengaruh media sosial.- AGENSI
0 Comments