Pada penghujung bulan Mei 2022 lalu, seorang wanita negara India bernama Nupur Sharma telah menaikkan satu komen yang menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Siapa Nupur Sharma ni??? Dia adalah seorang ahli politik India dan juga bekas jurucakap wanita bagi Parti Bharatiya Janata India di bawah pimpinan Narendra Modi. Parti ni sedia maklum pemerintah bagi negara India dari 2014 hingga sekarang.
Parti yang terlalu rasis terutama pada agama Islam!!
Parti ni memang sangat benci dengan agama Islam, dah terlalu banyak sebenarnya mereka mencari pasal dengan orang Islam di India. Antara polisi parti ini sekarang menyekat memberi kerakyatan kepada orang beragama Islam yang menetap di India, kemudian di beberapa daerah telah menguatkuasakan undang-undang pengharaman memakai tudung dalam kalangan pelajar beragama Islam di sekolah.
Terbaru Nupur Sharma ni telah membuat komen menghina nabi di media sosial ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat Islam di India sahaja, bahkan 16 buah negara Islam yang lain termasuk Malaysia yang mengkritik perbuatan Nupur Sharma ini.
Beberapa negara Islam seperti Malaysia, Kuwait telah memanggil wakil India atau Duta ke pejabat kerajaan untuk bertanya sebab kenapa Nupur Sharma berbuat demikian, namun demi mendapat kata sepakat oleh kerana semua negara Islam telah marah, parti BJ beralih ayat mengatakan mereka juga menentang kerasisan rakyat mereka terhadap orang Islam walhal itu wayang semata-mata.
Terbaru UAE juga telah memutuskan rangkaian perniagaan mereka dengan India, menolak semua produk-produk dari India oleh itu dengan rasa goyah Parti BJ itu (play victim) mengatakan sama sekali mereka tidak menyokong penghinaan terhadap umat Islam.
0 Comments