SPM Gagal Boleh Buat Content Tiktok?

SPM Gagal Boleh Buat Content Tiktok?

 


Bangga Tunjuk Kejahilan!


Ada satu trend yang tengah viral sekarang berkaitan SPM iaitu menayangkan keputusan semua subjek gagal. Semuanya gred G berderet.


Seteruk-teruk orang pun, selalunya majoriti subjek akan lulus, hanya beberapa subjek sahaja gagal.


Ini kalau dah semua dapat G maksudnya memang kau jenis tak usahalah untuk berjaya ataupun memang jenis bengap abadi .


Saya tak kisah sangat bab itu. Apa yang sangat menyedihkan dan tergerak hati untuk saya beri sedikit nasihat adalah sikap mereka yang seolah-olah berbangga menayangkan keputusan SPM semua G mereka itu di media sosial.


Paling menyedihkan subjek Pendidikan Islam pun gagal dan dia dengan bangga tunjukkan kepada umum.


Ini seolah-olah sama seperti bangga menayangkan kejahilan kita kepada umum.


Allahu! Di manakah rasa malu dalam diri mereka? Dengan rileksnya tunjukkan kejahilan kepada semua.


Padahal silibus bagi subjek Pendidikan Islam SPM tidaklah sukar sangat. Takkanlah punya jahil sampai boleh gagal? Padaha semua bab asal Islam sahaja.


Sedih kan? Ini generasi kita sekarang. Generasi yang satu hari nanti bakal mengisi ruang pentadbiran dalam negara ini 


Susahlah jahil, kemudian berbangga pula tayangkan kejahilan mereka kepada umum.


Buat malu saja! Malu pada orang bukan Islam. Bahkan ada juga orang bukan Islam yang mengambil subjek tambahan iaitu tasawwur Islam dan berjaya mendapat A dalam subjek tersebut.


Mana kita nak letak muka?

@wan8650 ;) #spm2021 #gagalspm #fypシ #spm2021 #spmpromax ♬ original sound - matgam" - .

Kredit: Iskandar Zulfaqar

Post a Comment

0 Comments