Pernah dengar tak komuniti main nombor ekor? betting pasukan bola siapa menang? itulah satu perjudian ingin memiliki duit yang banyak dengan cara cepat tapi dengan jalan haram.
"Eh tokei,nombor ni mahu naikla, kasi bet satu ringgit, seratus ringgit.." rasa nak naik je letak bet. Lebih kurang sama la macam dengan forex, tak tahu ilmu yang mendalam asal naik jer SELL, asal turun jer BUY sampai la jadi ketagih umat zaman sekarang ni.
Ingat!! tak semudah itu, ulama dan ahli jawatankuasa fatwa negara sudah lama perhalusi perkara atau masalah ini, antara sebab syarikat atau forex trading ini diisytihar haram adalah disebabkan pelaburan mereka tu tak tahu ke mana, dalam dunia ni industri hiburan adalah industri paling menguntungkan tengok syarikat-syarikat judi (casino), jual arak, pelacuran, kelab malam, semua ada dana yang besar, apabila duit pelaburan yang dilaburkan oleh pelabur dan cepat menguntungkan mesti pergi ke arah tadi tak tipu, industri itu tidak akan bankrap/muflis mereka setiap masa dan saat ada pendapatan masuk, apabila duit pelaburan itu pusing-pusing di situ, dorang kena bagi juga kemenangan tu suapaya pelabur tak lari, dari situlah akan beri keuntungan untuk orang ini, untuk orang itu dan ada juga tidak bernasib baik akan rugi besar dalam pelaburan.
Ada satu kisah ni boleh jadi tauladan, ikuti luahan seorang isteri bernama nur (bukan nama sebenar) apabila suaminya ketagih dengan pelaburan forex trading:
“
Assalamualaikum tuan...sy si isteri yang suami 24 jam trade...sesungguhnya saya tiada daya untuk pujuk suami lagi untuk hentikan dia daripada bermain forex...
Daripada ada kerja Allah terus tarik, ada job terus takda job dalam bidang kontraktornya...kete vios dan hilux dijualnya...
Sampai sekarang anak-anak terpaksa naik motor ke sekolah..saya sekarang di Sarawak lepas nikah kedua dengan dia...hujung bulan ni doakan saya dapat balik semenanjung, kereta saya di semenanjung masih ada, saya cuma risaukan keselamatan anak saya yang naik motor ke sekolah yang jauh dari rumah...
Dan makluman tuan..barang-barang di rumah semua telah dijual...cuma ada baju sahaja...lepas tu berhutang dengan mak saya...hutang dengan saya pula hampir 20k...belum lagi hutang dengan kawan-kawan...bila saya tanya mana claim duit projek banyak pula alasannya..
Tolong hide profile saya tuan...tolong bagi panduan tuan...saya rasa lost sampai rasa nak cerai
Itulah derita seorang isteri yang suaminya ketagihan ber'forex', sampai licin duit, apa makna semuanya ni jika benda tu senang-senang je habis duit, kalau berniaga nampak la juga produk tapi ni tidak sanggup berhabis duit untuk melabur dalam digital, untung rugi sanggup tanggung risiko, baik pergi meniaga betul-betul itulah usaha yang terbaik.
Semoga siapa-siapa yang belum terlambat dan hanya berani ikut-ikut orang, percayalah broker forex tu pun scam duit korang untuk dorang melabur main forex sebab dorang pun dah ketagih, jikalau untung dorang dapat komisen, jika rugi dorang pun dapat juga komisen tapi kerugian sebenar tu engkau seorang je yang tanggung. Ingatlah pesanan ni jangan bagi mereka senang-senang kaya dengan duit korang.
Sumber: Mohd Ikram
0 Comments